Kereta Api Bawah Tanah Toronto

(Dilencongkan dari Metro Toronto)

Kereta Api Bawah Tanah Toronto (Bahasa Inggeris: Toronto Subway) merupakan sebuah sistem alihan laju di Toronto, Ontario, Kanada yang mengandungi aliran kereta api bawah tanah dan juga rel bertingkat. Ia dikendalikan oleh Suruhanjaya Transit Toronto (Toronto Transit Commission, TTC). Sistem kereta api ini adalah yang pertama disiapkan di Kanada dimana aliran rel pertamanya dibina di bawah Jalan Yonge dan ia telah dibuka pada 1954 dengan 12 stesen. Sejak itu, sistem ini menjadi sistem alihan laju terbesar (dari segi stesen) dan kedua tersibuk di Kanada dengan purata 1,084,600 penumpang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat (setakat Q1 2014), selepas Metro Montreal.[3] Sistem kereta api ini merangkumi empat buah aliran dan 69 buah stesen yang melalui laluan sepanjang 68.3 kilometer (42.4 bt),[1] dengan enam buah lagi stesen dan penambahan laluan sepanjang 8.6 kilometer (5.3 bt) yang dijadualkan akan dibuka pada musim luruh 2016.[2]

Kereta Api Bawah Tanah Toronto
کريتا اڤي باوه تانه تورونتو
Umum
LokasiToronto, Ontario, Kanada
Jenis transit
Alihan laju
Jumlah laluan/aliran
4
Jumlah stesen
69[1]
6 (under construction, Yonge–University–Spadina)[2]
Bil. penumpang harian
1,084,600 (purata kecuali hujung minggu,
Q1 2014)[3]
Laman sesawang
TTC
Operasi
Mula beroperasi
30 Mac 1954
PengendaliSuruhanjaya Transit Toronto (TTC)
Jumlah kenderaan
706 kereta api bawah tanah dan rel bertingkat
Panjang kereta api
4 dan 6 gerabak
Teknikal
Panjang sistem
68.3 km (42.4 bt)[1]
8.6 km (5.3 bt) (dalam pembinaan)[2]
Tolok landasan
1,495 mm (4 kaki 10 ⅞ in) (Bawah tanah)
1,435 mm (4 kaki 8 12 in)
(RT - tolok piawai)
PengelektrikanRel ketiga 600 V DC (Bawah tanah)
Rel ketiga, aruhan linear (RT)
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pihak TTC kadangkala menggunakan istilah "alihan laju" untuk keempat-empat aliran,[4] tetapi bagi orang awam, mereka memanggilnya "aliran kereta api bawah tanah" kecuali bagi aliran Scarborough RT yang dipanggil sebagai "RT" sahaja.

Peta aliran sunting

Peta sistem metro dan RT
 
A map of the Toronto Subway/RT network.
  Yonge–University–Spadina
Di antara Finch dan Downsview melalui Union
  Bloor–Danforth
Di antara Kipling dan Kennedy
  Scarborough RT
Di antara Kennedy dan McCowan
  Sheppard
Di antara Sheppard–Yonge dan Don Mills

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "2011 TTC Operating Statistics". Suruhanjaya Transit Toronto. Dicapai pada 10 Februari 2013.
  2. ^ a b c "2011 Toronto-York Spadina Subway Extension Overview". Suruhanjaya Transit Toronto. Dicapai pada 10 Februari 2013.
  3. ^ a b "Transit Ridership Report, First Quarter, 2014" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Pengangkutan Awam Amerika. 21 Mei 2014. m/s. 31. Dicapai pada 24 Julai 2014.
  4. ^ "Toronto Transit Commission". Suruhanjaya Transit Toronto.

Pautan luar sunting