Volt (simbol: V) ialah unit daya gerak atau beza keupayaan elektrik.[1] Sebagai contoh, beza upaya elektrik yang dibekalkan ke rumah ialah 240 volt.

Cip barisan simpang Josephson oleh NIST sebagai volt piawai

Istilah volt diambil daripada nama seorang ahli fizik berbangsa Itali, Alessandro Volta yang mencipta model cerucuk kuasa duluan bateri moden pertama.

Takrifan

sunting

Volt ditakrifkan sebagai beza upaya merentasi satu pengalir apabila arus satu ampere melenyapkan satu watt kuasa. Jadi unit asas SI-nya ialah m2 · kg · s-3 · A-1, ataupun sama dengan satu joule tenaga per coulomb cas, J/C.

 .

Sejak 1990, nilai volt dijaga untuk ukuran amali menggunakan kesan Josephson yang mana satu nilai biasa digunakan sebagai pemalar Josephson seperti yang ditentukan oleh Persidangan Umum berkenaan Berat dan Ukuran ke-18 sebagai

K{J-90} = 0.4835979 GHz/µV.

Rujukan

sunting
  1. ^ Rudolf F. Graf, "Volt", Dictionary of Electronics; Radio Shack, 1974-75. Fort Worth, Texas. ISBN B000AMFOZY