Mitch McConnell

ahli politik Amerika Syarikat

Addison Mitchell McConnell Jr (lahir 20 Februari 1942) ialah seorang ahli politik Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai senator kanan Amerika Syarikat dari Kentucky dan sebagai Ketua Minoriti Senat sejak 20 Januari 2021. McConnell adalah warga Kentucky kedua yang berkhidmat sebagai ketua parti di Senat dan juga senator A.S yang paling lama berkhidmat untuk Kentucky dalam sejarah serta ketua Parti Republikan Senat A.S yang paling lama berkhidmat dalam sejarah.

Mitch McConnell
Mitch McConnell 2016 official photo (cropped).jpg
Ketua Minoriti Senat
Memegang jawatan
20 Januari 2021
TimbalanJohn Thune
Didahului olehChuck Schumer
Dalam jawatan
3 Januari 2007 – 3 Januari 2015
TimbalanTrent Lott (2007)
Jon Kyl (2007–2013)
John Cornyn (2013–2015)
Didahului olehHarry Reid
Ketua Majoriti Senat
Dalam jawatan
3 Januari 2015 – 20 Januari 2021
Didahului olehHarry Reid
Digantikan olehChuck Schumer
Senator Amerika Syarikat
dari Kentucky
Memegang jawatan
3 Januari 1985
Berkhidmat dengan Rand Paul
Didahului olehWalter Dee Huddleston
Ketua Sidang Republikan Senat
Memegang jawatan
3 Januari 2007
TimbalanTrent Lott
Jon Kyl
John Cornyn
John Thune
Didahului olehBill Frist
Ketua Pengelola Minoriti Senat
Dalam jawatan
3 Januari 2003 – 3 Januari 2007
PemimpinBill Frist
Didahului olehHarry Reid
Digantikan olehDick Durbin
Pengerusi Jawatankuasa Peraturan Senat
Dalam jawatan
20 Januari 2001 – 6 Jun 2001
Didahului olehChriss Dodd
Digantikan olehChris Dodd
Dalam jawatan
3 Januari 1999 – 3 Januari 2001
Didahului olehJohn Warner
Digantikan olehChris Dodd
Hakim/Eksekutif Daerah Jefferson
Dalam jawatan
1977–1984
Didahului olehTodd Hollenbach III
Digantikan olehBremer Ehrler
Pemangku Pembantu Peguam Negara Amerika Syarikat untuk Pejabat Hal Ehwal Perundangan
Dalam jawatan
1975–1975
PresidenGerald Ford
Didahului olehVincent Rakestraw
Digantikan olehMichael Uhlmann
Butiran peribadi
LahirAddison Mitchell McConnell Jr.
(1942-02-20) 20 Februari 1942 (umur 79)
Sheffield, Alabama, A.S
Parti politikRepublikan
Pasangan
  • Sherrill Redmon (k. 1968; c. 1980)
  • Elaine Chao (k. 1993)
Anak-anak3
KediamanLouisville, Kentucky, A.S
Pendidikan
  • Universiti Louisville (BA)
  • Universiti Kentucky (JD)
Nilai bersih$22.5 juta (anggaran)[1]
Tandatangan
Laman web rasmiLaman sesawang Senat
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Amerika Syarikat
Perkhidmatan/
cawangan
Bendera Tentera Darat Amerika Syarikat Kenteteraan Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan9 Julai 1967 hingga 15 Ogos 1967 (37 hari) (pelepasan perubatan)

McConnell pertama kali terpilih menjadi Senator adalah pada 1984. Semasa kitaran pilihan raya 1998 dan 2000, dia adalah ketua Jawatankuasa Senator Kebangsaan Republikan. McConnell terpilih sebagai Whip Majoriti dalam Kongres ke-108 dan dilantik semula ke jawatan tersebut pada tahun 2004. Pada bulan November 2006, dia dipilih sebagai ketua minoriti Senat; dia memegang jawatan itu sehingga 2015, ketika Republikan menguasai Senat dan dia menjadi ketua majoriti Senat. Dalam pilihan raya Senat Amerika Syarikat 2020, McConnell terpilih untuk penggal ketujuh di Senat menentang pencabarnya Amy McGrath dari Parti Demokrat.

Selepas pilihan raya Senat Amerika Syarikat 2020, McConnell kembali ke kedudukan pemimpin minoriti. Pada bulan Februari 2021, dalam persidangan pemecatan kedua Donald Trump, McConnell memilih untuk mengundi Trump tidak bersalah atas dasar had kuasa Perlembagaan. Namun, McConnell menyatakan bahawa beliau percaya Trump terlibat dalam "pengabaian tugas yang memalukan" dan bahawa "tidak ada pertanyaan ... bahawa Presiden Trump secara praktikal dan moral bertanggungjawab dalam mencetuskan peristiwa pada hari itu".[2][3]

Sejarah pilihan rayaSunting

Tahun % McConnell Penentang Gabungan parti % undi Peta daerah
1984 49.9% Walter Huddleston (penyandang jawatan) Demokrat 49.5%  
1990 52.2% Harvey I. Sloane Demokrat 47.8%  
1996 55.5% Steve Beshear Demokrat 42.8%  
2002 64.7% Lois Combs Weinberg Demokrat 35.3%  
2008 53.0% Bruce Lunsford Demokrat 47.0%  
2014 56.2% Alison Lundergan Grimes Demokrat 40.7%  
2020 57.8% Amy McGrath Demokrat 38.2%  

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Kessler, Glenn (22 Mei 2014). "How did Mitch McConnell's Net Worth Soar?". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 April 2017.
  2. ^ "GOP's McConnell: Trump morally responsible for Jan. 6 attack". The Associated Press. Dicapai pada February 13, 2021.
  3. ^ "Roll Call Vote 117th Congress - 1st Session". U.S. Senate. Dicapai pada February 14, 2021.