Mohanaapriya Sina Raja

Mohanaapriya Sina Raja (dilahirkan pada 1978) ialah seorang wartawan siaran Malaysia dan Ratu Malaysia India 2001.

Dilahir dan dibesarkan di Kuala Lumpur sebagai anak sulung kepada sekeluarga empat adik beradik, Mohana mempelajari bioperubatan di Universiti Putra Malaysia sebelum mencapai Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada Universiti Lincoln di Britain. Sewaktu mempelajari MBAnya, dia bekerja di Astro sebagai penyampai berita dan meletakkan jawatannya pada Oktober 2005 untuk melanjutkan kerjayanya dalam bidang televisyen.

Mohana mengasaskan "Miss MalaysiaIndia Care Association" (MMICA) pada 2001 bagi meningkatkan profil wanita India di Malaysia melalui projek komuniti dan perdagangan. Persatuan tersebut didaftarkan pada 2002. Ahli-ahlinya terdiri daripada peserta-peserta "Peraduan Ratu MalaysiaIndia Tahunan" yang berumur di antara 18 dan 27 tahun. Salah satu daripada objektif utama persatuan itu ialah pelaksanaan rancangan golongan bawah yang berfaedah secara langsung kepada wanita and kanak-kanak bangsa India di komuniti dan masyarakat pada amnya.

Sebagai presiden MMICA, Mohana berharap semoga persatuannya dapat melibatkan diri dalam kerja social pada tahap antarabangsa dan bekerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan ataupun persatuan-persatuan yang serupa di dunia sebelah sini.