Datuk Mohd. Noor Wahab (77 tahun) adalah Tokoh Maal Hijrah 1433 peringkat negeri Sabah.Beliau adalah bekas Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah. Pada 1965 menjadi pengasas dan Guru Besar di Sekolah Ugama Islam Labuan di Labuan. Kini , sekolah itu menjadi sebuah masjid. Beliau aktif dalam dakwah, perundangan Islam, aktiviti kebajikan dan persatuan sukarela. Beliau juga Ahli Lujnah Fatwa Negeri Sabah dan pernah dipilih sebagai anugerah Tokoh Maal Hijrah Labuan pada 1979.


Pendidikan sunting

Beliau berasal dari Kampung Sungai Protan, Kerian, Perak. Mohd. Noor bersekolah di Sekolah Melayu Sungai Pinang, Selama, Perak. Kemudian di Dauratul-Hadith, Universiti Darul Ulum Deoban, India dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tokoh Maal Hijrah Sabah 2011 sunting

Tokoh lain ialah Pengerusi Syukbah Hal Ehwal Wanita Sabah, Dr. Suzain Suhaimi - Anugerah Saiyadatina Khadijah.Beliau graduan Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) .Sebelum ini beliau menerima Anugerah Wanita Cemerlang Negeri Sabah oleh Majlis Penasihat Wanita Sabah pada 2003.Beliau pernah menerima Anugerah Maulidul Rasul Negeri Sabah pada 2001.

Anugerah Khalid Ibni Walid - Mohd. Zikri Zainudin.Anugerah Abdul Rahman Auf - Akriah Barabag @ Abdullah.


Rujukan sunting