Mohd Asna Amin

ahli politik Malaysia


Datuk Haji Mohd Asna bin Amin ialah ahli politik di Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUN Lenggeng[1]. Di peringkat parti beliau ialah Naib Ketua UMNO Seremban[2].

YB Datuk

Mohd Asna bin Amin

DPSM (Melaka)
محمد أسنى بن أمين
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan untuk Lenggeng
Memegang jawatan
2023
Didahului oleh Suhaimi Kassim
Majoriti685 (PRU-15)
Butiran peribadi
LahirNegeri Sembilan
Parti politik UMNO
PekerjaanAhli Perniagaan
ProfesionAhli Korporat

Beliau menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, pembuatan, pembinaan dan industri minyak dan gas[3].

Latar belakang sunting

Mohd Asna mempunyai ijazah sarjana muda Pengurusan Teknologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau mempunyai sebuah syarikat, Dermaga Sari Holdings yang menjalankan pelbagai cabang perniagaan. Antaranya, beliau mengusahakan pusat pendidikan, Kolej Antarabangsa Unifield di Pajam, Negeri Sembilan.

Beliau juga merupakan bekas pengerusi Masjid Ibnu Khaldun, Taman Lavender Height di Senawang, Negeri Sembilan[3].

Isu dan tengkarah sunting

Bantuan masyarakat ketika COVID-19 sunting

Mohd Asna melalui Masjid Ibnu Khaldun yang dipengerusikannya telah melancarkan program 'Gerobok Rezeki' dengan memberikan bantuan makanan asas kepada masyarakat ketika Malaysia sedang menjalani perintah kawalan pergerakan[4].

Politik sunting

Mohd Asna bergiat dalam politik sebagai anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban[5]. Beliau turut mula dipilh sebagai calon pilihan raya pada 2023[5].

Keputusan pilihan raya sunting

Kerusi yang ditandingi Mohd Asna Amin
Tahun Kawasan Individu Parti Undian Lawan Parti Undian Majoriti
2023 DUN Lenggeng Mohd Asna Amin BN (UMNO) Mohd Fadli Che Me PN (PAS)
Zul Azki Mat Sulop Bebas

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  • Majlis Anugerah 100 CEO Muda Teratas 2019
    • Usahawan Bakat Istimewa[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "PRN 2023: Senarai penuh calon DUN Negeri Sembilan". Berita Harian. 29 Julai 2023. Dicapai pada 31 Julai 2023.
  2. ^ https://www.utusan.com.my/berita/2023/03/setiausaha-umno-negeri-sembilan-tewas-di-seremban/
  3. ^ a b c "Pengerusi masjid diiktiraf usahawan muda berjaya 2019 - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). 2019-08-18. Dicapai pada 2023-07-31.
  4. ^ KASIM, SARINAH MAT (2020-04-06). "Gerobok Rezeki bantu orang susah". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-07-31.
  5. ^ a b ZULKIFLI, SYAMILAH (2023-07-22). "PRN: Tujuh muka baharu wakili BN di Negeri Sembilan". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-07-31.