Mohd Azrif Nasrulhaq

Mohd Azrif Nasrulhaq (lahir 27 May 1991 di Selangor) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain untuk kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim F.C. dalam saingan peringkat Liga Super Malaysia.

Mohd Azrif Nasrulhaq
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd. Azrif Nasrulhaq bin Badrul Hisham
Tarikh lahir (1991-05-27) 27 Mei 1991 (umur 29)
Tempat lahir Kota Damansara, Selangor, Malaysia
Ketinggian 1.66 m (5 ka ​5 38 in)
Posisi permainan Pertahanan kanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Johor Darul Ta'zim F.C.
Nombor 20
Kerjaya remaja
2010 PKNS FC
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010-2012 PKNS FC 24 (1)
2013-2014 Harimau Muda A (pinjaman) 18 (1)
2015-2016 Selangor FA 45 (1)
2016 Johor Darul Ta'zim F.C. 20 (0)
Pasukan kebangsaan
2013-2014 Malaysia U23 16 (2)
2015– Malaysia 9 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23 September 2016
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23 September 2016

Kerjaya kelabSunting

Selangor FASunting

Azrif memulakan kerjaya kelabnya bersama PKNS pada tahun 2010 dimana ketika itu dia berusia 19 tahun. Pasukan kelab kebangsaan Harimau Muda A kagum dengan persembahan mantapnya bersama bahagian simpanan PKNS dan selepas dia menerima pingat gangsa dalam temasya SUKMA bersama Selangor. Dia kemudiannya menyertai pasukan Selangor FA selepas dia melebihi had umur bagi Harimau Muda A. Dia boleh digunakan sebagai pertahanan kanan atau pemain sayap kanan. Di Selangor, dia sentiasa menjadi pilihan sebagai pemain pertahanan kanan selepas menunjukkan prestasi yang konsisten dari awal musim.

Johor Darul Ta`zimSunting

Akhirnya impiannya menjadi kenyataan apabila dapat bermain bersama kelab terbaik di Asia Tenggara, Johor Darul Ta'zim FC.

RujukanSunting

Pautan luarSunting