Mohd Ramzul Zahini Adenan

Muhammad Ramzul Zahini Adenan merupakan salah seorang penyerang berbahaya yang mewakili kelab Kelantan United FC. Mempunyai kemahiran menggelecek bola yang baik serta mampu berlari dengan pantas menjadikannya seorang pemain yang patut diberi perhatian oleh pihak lawan semasa di atas padang.

Ramzul Zahini
Maklumat peribadi
Nama penuh Muhammad Ramzul Zahini bin Adenan
Tarikh lahir (1987-12-11) 11 Disember 1987 (umur 36)
Tempat lahir Wakaf Bharu, Kelantan, Malaysia
Ketinggian 1.75 m (5 ka ​8 78 in)
Posisi permainan penyerang
Kerjaya remaja
2006–2007 Kelantan President's Cup
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2007–2012 Kelantan 138 (79)
2013 Selangor 19 (14)
2014–2017 T–Team 22 (16)
Pasukan kebangsaan
2010 Malaysia U23 9 (2)
2011 Malaysia 93 (55)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada September 07, 2016
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga September 07, 2016

Anak kelahiran Wakaf Bharu ini juga mempunyai ketinggian yang sempurna menjadikannya seorang yang amat berkuasa apabila berhadapan bola yang tinggi.

Kehebatan Ramzul dalam kem Kelantan sering dibayangi oleh seorang lagi penyerang tersohor Malaysia iaitu Norshahrul Idlan Talaha. Sering digandingkan bersama dalam setiap perlawanan, menjadikan pasangan Ramzul-Norsahrul sebagai gandingan yang berbisa. Tetapi sayang kini hanya tinggal sejarah.