Mohsen Abdel Hamid

Mohsen Abdel Hamid (lahir 1937 Arab: محسن عبد الحميد) ialah seorang ahli politik dan sarjana Islam Iraq yang merupakan anggota Majlis Memerintah Iraq, yang diwujudkan berikutan pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq pada 2003. Beliau berkhidmat sebagai Presiden Majlis Memerintah Iraq (Perdana Menteri Iraq ke-42) pada Februari 2004.

Mohsen Abdel Hamid
محسن عبد الحميد
Presiden Majlis Memerintah Iraq
Dalam jawatan
1 Februari 2004 – 29 Februari 2004
Didahului olehAdnan Pachachi
Digantikan olehMohammad Bahr al-Ulloum
Butiran peribadi
Lahir1937 (umur 86–87)
Kirkuk, Iraq
Parti politikParti Islam Iraq
ProfesionPeguam

Biografi sunting

Mohsen dilahirkan pada tahun 1937 di Kirkuk dari keluarga Kurdi.[1] Beliau belajar undang-undang Islam di Kaherah dan kembali ke Iraq pada 1986 untuk berkhidmat sebagai profesor di Universiti Baghdad. Mohsen telah menulis lebih 30 buah buku mengenai tafsir al-Quran. Dia ditangkap pada 1996 oleh kerajaan Saddam Hussein namun menentang pencerobohan Iraq pada 2003.

Sehingga tahun 2004, beliau ialah setiausaha agung Parti Islam Iraq, parti Sunni terbesar di Iraq, dan sebagai hasilnya beliau menganggotai Majlis Memerintah Iraq.

Pada 30 Mei 2005, Mohsen telah tersalah tangkap oleh tentera AS. Beliau dibebaskan pada hari yang sama.[2]

Laman web peribadi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "dr. muhsin abd al-hamid". niqash. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2006. Dicapai pada 28 Jun 2022.
  2. ^ Paul Garwood (30 Mei 2005). "U.S. Forces Mistakenly Detain Sunni Chief". ABC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2006. Dicapai pada 28 Jun 2022.
Jawatan politik
Didahului oleh
Adnan Pachachi
Presiden Majlis Memerintah Iraq
2004
Diikuti oleh:
Mohammad Bahr al-Ulloum