Mojibake ([mo-ji-ba-ké], drpd Bahasa Jepun: 文字化け, "perubahan aksara") merupakan teks yang tidak dapat difahami hasil daripada penterjemahan menggunakan pengekodan aksara yang tidak disengajakan,[1] di mana aksara-aksara pada teks asal digantikan dengan aksara yang tidak berkaitan langsung dengan sistem tulisan bahasa teks asal.

Masalah ini boleh disebabkan beberapa faktor seperti masalah spesifikasi pengekodan data yang dilalukan dari satu komputer ke satu komputer yang lain, mahupun masalah daripada perisian atau perkakasan komputer yang memaparkan kod maklumat yang disampaikan.

Ia mulanya diketahui dalam kalangan pengguna komputer di Jepun kerana pengunaan pengekodan aksara yang banyak dan pelbagai untuk tulisan Jepun, namun masalah ini juga didapati pada sistem tulisan bahasa lain seperti bahasa-bahasa Cina dan bahasa Arab.

Rujukan sunting

  1. ^ "Will Unicode soon be the universal code?" IEEE Spectrum, jld. 49, isu 7, m/s. 60 (Julai 2012). The advantage of Unicode is that if everyone adopted it, it would eradicate the problem of mojibake, Japanese for "character transformation." Mojibake is the jumble that results when characters are encoded in one system but decoded in another.