MusicBrainz

pangkalan data muzik dalam talian

MusicBrainz ialah suatu projek yang bertujuan mencipta pangkalan data muzik kandungan terbuka. Sama seperti projek freedb, ia telah ditubuhkan sebagai tindak balas pada sekatan yang dikenakan pada CDDB. Walau bagaimanapun, MusicBrainz telah mengembangkan matlamatnya bagi mencapai melampaui gudang metadata cakera padat bagi menjadi pangkalan data dalam talian terbuka berstruktur untuk muzik.[2][3]

Favicon MusicBrainz MusicBrainz
Logo MusicBrainz
Jenis laman web
Ensiklopedia muzik dalam talian
PemilikMetaBrainz Foundation
Diciptakan olehRobert Kaye
URLhttp://musicbrainz.org/
KomersialTidak
Pendaftaranperlu untuk menyunting data

MusicBrainz mengumpul maklumat mengenai artis, rakaman karya mereka, dan hubungan antara mereka. Kemasukan rakaman karya mencatatkan sekurang-kurangnya tajuk album, runut tajuk, dan panjang setiap runut. Kemasukan ini dikekalkan oleh penyunting sukarelawan yang mematuhi garis gaya panduan bertulis komuniti. Karya yang dicatatkan boleh menyimpan maklumat tambahan mengenai tarikh keluaran dan negara, ID CD, seni pada kulit/penutup, cap jari akustik, teks anotasi bebas bentuk dan metadata yang lain. Sehingga 3 Oktober, 2013, MusicBrainz mengandungi maklumat mengenai secara kasar 800,000 artis, 1.2 juta siaran, dan 13 juta rakaman.[4]

Rujukan Sunting

  1. ^ MusicBrainz di Alexa
  2. ^ Highfield, Ashley. "Keynote speech given at IEA Future Of Broadcasting Conference", BBC Press Office, 2007-06-27. Dicapai pada 2008-02-11.
  3. ^ doi:10.1109/5254.988466
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  4. ^ "Database Statistics". MusicBrainz. Dicapai pada 2013-11-03.

Pautan luar Sunting

content