Muzium Perhutanan Negeri Kedah

Muzium Perhutanan Negeri Kedah terletak di bawah pentadbiran Jabatan Perhutanan Kedah. Ia terletak di bawah kuasa kerajaan negeri yang mengawal hasil hutan.

Muzium Perhutanan Negeri Kedah terletak di pintu masuk Hutan Lipur Sungai Teroi Gunung Jerai, yang terletak di kawasan Gunung Jerai yang merupakan puncak tertinggi di Negeri Kedah.

Muzium Perhutanan Negeri Kedah ini mempamerkan pelbagai khazanah dan maklumat perhutanan. Pengunjung turut dapat melihat pelbagai tumbuhan di Hutan Lipur Sungai Teroi termasuk tumbuhan perubatan tradisional seperti cina maki, kelat (Syzygium spp.), gelam, tongkat ali, kacip fatimah, mata pelanduk dan sebagainya. Terdapat juga beberapa tumbuhan yang jarang dijumpai di tempat lain seperti orkid liar dan periuk kera yang hidup subur tanpa gangguan.

Muzium Perhutanan ini di buka untuk para pengunjung bagi tujuan pendedahan terhadap perkembangan dan peranan hutan ke atas kehidupan manusia sejagat.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting