Myawaddy (Pwo Timur: ဍုံမေဝ်ပ္တီ; Bahasa Burma: မြဝတီ; Bahasa Thai: เมียวดี; RTGSMia-wadi; S'gaw Karen) ialah sebuah bandar di tenggara Myanmar, di Negeri Kayin, berhampiran dengan sempadan Thailand. Dipisahkan dari bandar sempadan Thai, Mae Sot di tepi Sungai Moei (Sungai Thaung Yinn), bandar ini merupakan pusat perdagangan terpenting antara Myanmar dan Thailand. Bandar ini merupakan adalah yang kedua terbesar dalam 15 pos perdagangan di sempadan Myanmar.[1] Bandar ini terlelak 170 km ke timur Mawlamyine, bandar keempat terbesar di Myanmar dan 426 km barat laut Bangkok, ibu negara Thailand.[2]

Myawaddy
မြဝတီ
Myawadi
Town
Main Street looking east
Main Street looking east
Myawaddy yang terletak di Myanmar
Myawaddy
Myawaddy
Kedudukan di Myanmar
Koordinat: 16°41′16″N 98°30′30″E / 16.68778°N 98.50833°E / 16.68778; 98.50833Koordinat: 16°41′16″N 98°30′30″E / 16.68778°N 98.50833°E / 16.68778; 98.50833
Negara Myanmar
BahagianNegeri Kayin
DaerahMyawaddy
PerbandaranPerbandaran Myawaddy
Penduduk
 (2014)
 • Bandar
195,624
Zon waktuUTC+6.30 (Waktu Piawai Myanmar)

Sejarah

sunting

Pada 6 Ogos 2010, sebuah bom meletup di tempat letak kereta di pasar yang sesak di Myawaddy, membunuh dua lelaki dan mencederakan empat yang lain.[3]

Ekonomi

sunting
 
Jambatan Persahabatan Thai–Myanmar yang menghubungkan Myawaddy dengan Mae Sot.

Retasan sempadan di sini ialah laluan utama eksport permata Myanmar.[4] Jalan Mae Sot-Myawaddy ialah laluan perdagangan lintasan sempadan utama antara Thailand dan Myanmar dan menurut Dewan Perniagaan Thailand, perdagangan bulanan antara kedua-dua negara pada 2015– melalui lintasan Mae Sot ke Myawaddy bernilai lebih 3 bilion baht.[5]

Pelancongan

sunting

Di bawah perjanjian baharu antara kerajaan Thailand dan Myanmar, pelancong yang menyeberangi sempadan dari jambatan Persahabatan Myawaddy-Mae Sot dibenarkan tinggal di kawasan Mae Sot selama tujuh hari. Perjanjian baharu itu berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2016.[6]

Penjagaan kesihatan

sunting
 
Pintu sempadan Myawaddy.

Hospital Daerah Myawaddy ialah hospital awam yang memberi perkhidmatan kepada orang ramai di perbandaran Myawaddy dan kawasan sekitarnya. [7] Bangunan teater pembedahan Hospital Myawaddy telah dibina oleh kerajaan Jepun di bawah Bantuan Geran Kerajaan Jepun untuk Projek Keselamatan Manusia Akar Umbi (GGP). [8] Bagaimanapun, penduduk tempatan masih menyeberangi sempadan untuk mendapatkan bantuan di klinik di Mae Sot untuk memperoleh perkhidmatan yang lebih baik.[9]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Myawaddy Border Trade Continues Despite Clashes". Myanmar Business Today. Dicapai pada 2017-10-05.
  2. ^ PCL., Post Publishing. "Bangkok Post article". www.bangkokpost.com. Dicapai pada 2017-10-05.
  3. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2 March 2011. Dicapai pada 24 February 2019.CS1 maint: archived copy as title (link)
  4. ^ Chien, Choo Tse (2004) "Border Areas & Into Burma Photo Gallery" at pbase.com, archived here on 9 February 2005 by Internet Archive
  5. ^ "Traders Excited By Start of Construction of New Friendship Bridge Between Mae Sot and Myawaddy « Karen News". karennews.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2017. Dicapai pada 2017-10-05.
  6. ^ "Myawaddy-Mae Sot Temporary Border Crossing Permit Extended From One to Seven Days « Karen News". karennews.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2017. Dicapai pada 2017-10-05.
  7. ^ "Three flu suspects found in Myawaddy | Eleven Myanmar". www.elevenmyanmar.com. Dicapai pada 2017-10-05.
  8. ^ "Embassy of Japan in Myanmar". www.mm.emb-japan.go.jp. Dicapai pada 2017-10-05.
  9. ^ "The road to rural healthcare reform". DVB Multimedia Group. 19 April 2016. Dicapai pada 2017-10-05.

Pautan luar

sunting