NHNZ, yang dahulunya dikenali sebagai Natural History New Zealand[1] ialah sebuah rumah penerbitan televisyen berasaskan fakta di New Zealand yang menghasilkan kandungan asal bagi penyiar global.

NHNZ telah memfilemkan di atas dan di bawah setiap lautan dan setiap benua, termasuk Antartika - di mana ia telah menghasilkan 19 filem dokumentasi secara keseluruhannya. Syarikat itu telah memperolehi lebih daripada 300 anugerah antarabangsa, antaranya dua Anugerah Emmy, anugerah tertinggi industri televisyen, dan Anugerah Wildscreen Panda berprestij.

Sebagai tambahan kepada pangkalannya di Dunedin, New Zealand, NHNZ mempunyai pejabat di Beijing dan Washington DC dan, pemilikan majoriti syarikat penerbitan Singapura Beach House Pictures dan Aquavision Wildlife Filmmakers di Afrika Selatan.[2]

Ia berfungsi dan bersama menghasilkan pelbagai penyiar global utama: Discovery Channel, Animal Planet, Discovery Science, A+E Networks, National Geographic Channel, Travel Channel, NHK (Jepun), France 5 dan ZDF (Jerman). Rancangan NHNZ ditonton di lebih daripada 180 negara oleh berjuta-juta penonton.

RujukanSunting

  1. ^ NHNZ rebrands and expands, C21Media, 2002-07-31, dicapai pada 2012-10-01
  2. ^ "Good growth boosts profit for NHNZ". Otago Daily Times – www.odt.co.nz. 2012-08-04. Dicapai pada 2012-10-01.

Pautan luarSunting