, dalam hiragana, atau dalam katakana, ialah salah satu kana Jepun, yang mewakili satu mora. ん merupakan satu-satunya kana yang tidak diakhiri dengan bunyi vokal (walaupun dalam sesetengah kes akhiran vokal pada kana, misalnya , adalah tidak dibunyikan).


Hiragana

Katakana
Transliterasi: n
Hiragana Man'yōgana:
Katakana Man'yōgana:
Unicode:
kana - gojūon
n wa ra ya ma ha na ta sa ka a
tsu wi ri mi hi ni chi shi ki i
ru yu mu fu nu tsu su ku u
we re me he ne te se ke e
wo ro yo mo ho no to so ko o

Ia juga merupakan satu-satunya kana yang tidak memulakan sebarang perkataan dalam bahasa Jepun piawai (selain perbendaharaan kata contohnya "Ngorongoro", yang ditranskripsikan sebagai ンゴロンゴロ). (lihat Shiritori) Beberapa dialek wilayah bahasa Jepun menampilkan perkataan yang bermula dengan ん, sebagai mana bahasa-bahasa Ryukyuan (yang biasanya ditulis dalam sistem tulisan Jepun), di mana perkataan bermula dengan ン adalah biasa, contohnya perkataan Okinawa untuk miso, nnsu (ditranskripsikan sebagai ンース).

Kana ini diikuti dengan apostrofe dalam beberapa sistem transliterasi bila mana ia mendahului vokal atau y- kana, bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dengan kana lain. Tapi, macam kana lain, ia mewakili keseluruhan mora, jadi sebutannya ialah, secara praktikal, hampir kepada "nn" sebagai mana "n". Sebutannya juga boleh berubah bergantung kepada bunyi apa yang meliputinya. Berikut adalah beberapa cara ia boleh berubah:

  • [n] (sebelum t, ch, ts, n, r, z, j and d)
  • [m] (sebelum m, b dan p)
  • [ŋ] (sebelum k dan g)
  • [ɴ] (di penghujung ujaran)
  • [ũ͍] (sebelum vokal, aproksiman palatal (y), konsonan s, sh, h, f dan w)
  • [ĩ] (selepas vokal i jika diikuti dengan vokal lain, palatal approximant atau consonant s, sh, h, f atau w.)
Bentuk Rōmaji Hiragana Katakana
Normal n (ん) n
nn
nh
んん
んー
ンン
ンー

Turutan lejang

sunting
  
Turutan lejang dalam menulis ん
 
Turutan lejang dalam menulis ン

Rujukan

sunting
  • Oguri, Saori (2005). Darling no atamannaka. Japan: Media Factory. ISBN 4-8401-1226-6. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
Carilah , dalam Wiktionary, kamus bebas.