Nadhirah Ghani
Nadhirah Ghani atau nama penuhnya Siti Nadhirah Abdul Ghani merupakan pengarang di Malaysia. Beliau menulis secara aktif dalam genre novel dan cerpen. Beliau juga menghasilkan puisi secara eceran.
Nadhirah Ghani | |
---|---|
Lahir | Siti Nadhirah Abdul Ghani 4 Mei 1993 Kuala Lumpur, Malaysia |
Nama pena | Nadhirah Ghani |
Pekerjaan | Penulis, editor |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Warganegara | Malaysia |
Pendidikan | Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya |
Genre | Novel, cerpen, puisi |
Tahun aktif | 2015 - sekarang |
Laman web | |
nadhirahghani.com |
Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur pada 4 Mei 1993, dan mendapat ijazah sarjana muda Pengajian Melayu (Linguistik Melayu) daripada Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Selain latihan secara formal dalam bidang linguistik dan sastera daripada Universiti Malaya, Nadhirah juga mendapat latihan kepengarangan melalui Minggu Penulis Remaja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2018.
Pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023, Nadhirah menerbitkan tiga buku serentak dan mendapat sambutan menggalakkan daripada khalayak sastera. [1]
Selain menulis sepenuh masa, Nadhirah juga berkhidmat sebagai editor sambilan.
Hasil Penulisan sunting
Hasil penulisan Nadhirah Ghani, dari tahun aktif (2015) sehingga kini:
Buku sunting
Rujukan sunting
- ^ al-Akiti, Fadli (2023-09-13). "Menjadi Manusia dengan Harapan-harapan Nadhirah Ghani". Dewan Sastera. Dicapai pada 2024-02-02.
- ^ "Pari-pari Suria". Goodreads (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-02.
- ^ "Mr. Coach". Goodreads (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-02.
- ^ "Sayap Malaikat Berdarah Di Khan Younis". Goodreads (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-02.