Naira Nigeria
Naira [nai.ra] (tanda: ₦; kod: NGN ) adalah mata wang rasmi Nigeria. Ia dibahagikan kepada 100 unit kecil bernama kobo. Bank Pusat Nigeria (CBN) adalah pengeluar tunggal wang tender sah di seluruh negara tersebut melalui pengawalan peredaran bekalan wang yang dibekalkan dalam ekonomi demi memastikan kestabilan kewangan dan harga.
Naira Nigeria | |
---|---|
Fail:Nigeria naira.jpg | |
ISO 4217 | |
Kod | NGN |
Jenis mata wang | |
Subunit | |
1/100 | kobo |
Bentuk jamak | naira |
kobo | kobo |
Simbol | ₦ |
Wang kertas | ₦5, ₦10, ₦20, ₦50, ₦100, ₦200, ₦500, ₦1000 |
Syiling | 50 kobo, ₦1, ₦2 |
Demografi | |
Pengguna | Nigeria |
Pengeluaran | |
Central Bank of Nigeria | |
Tapak web | www |
Pihak pencetak | Nigerian Security Printing and Minting Company Limited |
Tapak web | www |
Kilang wang | Nigerian Security Printing and Minting Company Limited |
Tapak web | www |
Penilaian | |
Inflasi | 8.2%[1] |
Sumber | 2014 |
sunting |
Matawang ini diperkenalkan pada 1 Januari 1973 sebagai menggantikan paun Nigeria pada kadar 2 naira = 1 paun.[2] Nama naira datangnya daripada kependekan sebutan nama "Nigeria" manakala nilai bawahan ia kobo datang daripada sebutan pelat perkataan copper ("tembaga" dalam bahasa Inggeris).
Pada Oktober 2021, eNaira, versi digital mata wang negeri, dilancarkan secara rasmi di Nigeria.
Rujukan
sunting- ^ "Central Bank of Nigeria - Home". Central Bank of Nigeria. Central Bank of Nigeria. Dicapai pada 6 Ogos 2014.
- ^ "Central Bank of Nigeria:: History of The Currency".