Nathan Aké

Pemain bola sepak

Nathan Benjamin Aké (lahir 18 Februari 1995) merupakan pemain bola sepak Belanda yang bermain di kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan pasukan kebangsaan Belanda. Beliau bermain di posisi pertahanan.

Nathan Aké
Maklumat peribadi
Nama penuh Nathan Benjamin Aké[1]
Tarikh lahir (1995-02-18) 18 Februari 1995 (umur 29)
Tempat lahir The Hague, Belanda
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)[2]
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Manchester City
Nombor 6
Kerjaya remaja
ADO Den Haag
2007–2011 Feyenoord
2011–2012 Chelsea
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2012–2017 Chelsea 7 (0)
2015Reading (pinjam) 5 (0)
2015–2016Watford (pinjam) 24 (1)
2016–2017Bournemouth (pinjam) 10 (3)
2017–2020 AFC Bournemouth 105 (8)
2020– Manchester City 10 (1)
Pasukan kebangsaan
2009–2010 Belanda B15 5 (0)
2010–2011 Belanda B16 6 (3)
2011–2012 Belanda B17 26 (3)
2012–2013 Belanda B19 8 (3)
2013–2016 Belanda B21 22 (2)
2017– Belanda 21 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 14 Mei 2021
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 13 Jun 2021 (UTC)

Kerjaya kelab sunting

Chelsea sunting

Aké bersetuju untuk menyertai Chelsea dari Feyenoord pada lewat 2010 ketika beliau baru berusia 15 tahun.[3] Beliau bermain di Feyenoord sejak berumur 12 tahun selepas menyertai kelab ADO Den Haag.[4]

Musim 2012–13 sunting

Aké membuat debutnya di Liga Perdana pada 26 Disember 2012 menentang Norwich City ketika berusia 17 tahun dengan menggantikan Juan Mata ketika masa tambahan.[5] Beliau memulakan aksinya bersama kelab London tu dalam Piala FA pada 27 Februari 2013 menentang Middlesbrough, 2-0.[6] Beliau telah terpilih untuk bermain sebagai pemain tengah pertahanan untuk Chelsea dalam perlawanan kedua suku akhir Liga Eropah menentang Rubin Kazan di Rusia pada 11 April, perlawanan itu berkesudahan 3-2 tewas tetapi Chelsea menang dalam agregat 5-4.[7] Beliau membuat kemunculan kedua kejohanan Eropah untuk Chelsea pada 2 Mei dengan menggantikan David Luiz dalam perlawanan kedua separuh akhir, Chelsea menumpaskan Basel 3-1 dan Chelsea akhirnya layak ke perlawanan akhir Liga Eropah.[8] Aké menjadi pemain gantian untuk Chelsea dalam perlawanan akhir Liga Eropah menentang Benfica pada 16 Mei di Amsterdam di mana Chelsea menang 2-1 pada malam itu.[9] Beliau telah diundi[10] dalam Pemain Muda Terbaik Chelsea pada 16 Mei 2013. Beliau membuat perlawanan Liga Perdana pertama pada 19 Mei 2013 menentang [[Everton F.C.|Everton], 2-1 dan bermain dalam hari musim terakhir di Stamford Bridge.

Musim 2013–14 sunting

Pada 8 Ogos 2013, Aké menandatangani kontrak baru selama lima tahun bersama Chelsea di mana beliau kekal bersama Chelsea sehingga 2018.[11] Beliau meneruskan aksinya bersama Chelsea dalam musim 2013-14 di mana beliau menjadi pemain gantian dalam hari terakhir Liga Perdana pada 11 Mei, menang 2-1 ke atas Cardiff City.[12]

Musim 2014–15 sunting

Aké membuat pemunculan pertamanya bersama pengurus baru [José Mourinho]] dalam perlawanan Piala Liga Inggeris pusingan ketiga, Chelsea menang 2-1 ke atas Bolton Wanderers pada 24 September 2014.[13] Pada 21 Oktober, Aké menjadi pemain gantian untuk Cesc Fabregas dalam Liga Juara-Juara di mana Chelsea menang besar 6–0 membelasah Maribor di Stamford Bridge di mana beliau membuat pemunculan pertama di kejohanan tersebut.[14]

Kejohanan antarabangsa sunting

Remaja sunting

Aké mewakili Belanda dalam setiap peringkat remaja sejak skuad bawah-15 pada 2009 dengan membuat 54 pemunculan.[15] Beliau menjadi kapten pasukan skuad bawah-17 dan bawah-19. Aké juga terpilih dalam skuad Belanda yang memenangi Kejohanan Bola Sepak Eropah bawah-17 UEFA pada 2011 dan 2011 di Serbia dan di Slovenia.[16]

Statistik kelab sunting

Sehingga 21 Oktober 2014[17]
Kelab Musim Liga Piala FA Piala Liga Eropah Jumlah
Divisyen Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol
Chelsea 2012–13 Liga Perdana Inggeris 3 0 1 0 0 0 2[a] 0 6 0
2013–14 Liga Perdana Inggeris 1 0 0 0 0 0 0 0 1 0
2014–15 Liga Perdana Inggeris 0 0 0 0 2 0 1[b] 0 3 0
Jumlah kerjaya 4 0 1 0 2 0 3 0 10 0
  1. ^ Pemunculan di Liga Eropah UEFA.
  2. ^ Pemunculan di Liga Juara-Juara UEFA.

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Chelsea

Antarabangsa sunting

Belanda

Individu sunting

  • Pemain Muda Terbaik Chelsea: 2012–13

Rujukan sunting

  1. ^ name="Clubs submit retained and released lists">"Clubs submit retained and released lists". Premier League. 7 June 2013. Dicapai pada 24 July 2013.
  2. ^ "Player Profile: Nathan Aké". Premier League. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-24. Dicapai pada 15 February 2012.
  3. ^ "Chelsea spark Feyenoord fury as Blues lure 15-year-old defender Nathan Ake to London". Daily Mail. 22 Dec 2010.
  4. ^ "Nathan Aké, oud Wilhelmus Jeugd speler, definitief naar Chelsea FC" (dalam bahasa Dutch). V.V. Wilhelmus. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-29. Dicapai pada 16 May 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Phillips, Owen. "Norwich 0–1 Chelsea". BBC Sport. Dicapai pada 26 December 2012.
  6. ^ "Middlesbrough 0–2 Chelsea" BBC Sport. 27 February 2013. Retrieved 27 February 2013.
  7. ^ "Chelsea struggle to finish off Rubin Kazan but reach semi-finals". The Guardian. 11 April 2013.
  8. ^ "Chelsea secured their place in the Europa League final against Benfica with an ultimately comfortable win over FC Basel at Stamford Bridge". BBC Sport. 2 May 2013.
  9. ^ "Benfica 1 Chelsea 2". The Sun. 15 May 2013.
  10. ^ http://www.chelseafc.com/javaImages/94/36/0,,10268~11941524,00.jpg
  11. ^ "New Deal for Aké". Chelsea F.C. 8 Aug 2013.
  12. ^ "Cardiff City 1–2 Chelsea". BBC Sport. 11 May 2014.
  13. ^ "Chelsea 2–1 Bolton". BBC Sport. 24 September 2014.
  14. ^ "Didier Drogba scored his first goal since rejoining Chelsea as they recorded their biggest Champions League win with a dominant victory against Maribor at Stamford Bridge". BBC Sport. 21 October 2014. Dicapai pada 21 October 2014.
  15. ^ "N. AKÉ". SOCCERWAY. Dicapai pada 26 Sep 2014.
  16. ^ "Captain Aké learns from Chelsea stars". UEFA. Dicapai pada 14 May 2012.
  17. ^ "Nathan Ake". Soccerbase. Dicapai pada 29 May 2014.