Natazar "Naza" Mohamad ialah seorang penyanyi dan pemuzik Malaysia. Beliau paling dikenali sebagai vokalis kumpulan rock The Times.

Naza Mohamad
Nama lahirNatazar bin Mohamad
Juga dikenali sebagai
Nazareth Mohd
Kelahiran1971 (umur 52–53)
Berasal dariSibu, Sarawak, Malaysia
Genre60s garage rock, rock n roll, indie rock
PekerjaanPenyanyi, penerbit, gitaris
Tahun aktif1990–kini
Pengkarya berkait
OAG, The Times, Pastel Lite

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan di Sibu, Sarawak dan bersekolah menengah di Kuching, Sarawak. Selepas tamat sekolah menengah, beliau bekerja di Kuching dan terus ke Kuala Lumpur.

Kerjaya muzik sunting

Naza memulakan kerjaya muziknya pada tahun 1990 dengan menubuhkan kugiran Skate Punks namun hanya bertahan sehingga 1993 selepas itu beliau menubuhkan kugiran indie punk bernama Insane dan menjadi penerbit sebuah kompilasi bernama Just Eat This pada tahun yang sama dimana kugiran Insane juga terlibat dalam kompilasi itu, kugiran lain yang terlibat dalam kompilasi itu juga adalah Nice Stupid Playground, Mr. Wilson's Garden, Rocket Flower, Cornflakes, Groover's Lum dan Insane sendiri dimana semuanya berasal dari Kuching, Sarawak. Naza juga pernah menjadi sessionist dalam kugiran Mr. Wilson's Garden dan Groover's Lum sebagai pemain rhythm guitar. Mengikut sumber dari satu majalah, Insane telah menerbitkan satu demo dengan kos RM100 dan dirakam selama dua jam.

Kemudian, Naza menubuhkan kugiran hardcore/crust punk bernama Fist of Fury dan terbitkan satu lagi kompilasi berjudul Miaow City Attack pada tahun 1997 bersama kugiran Outtune, Audio Godz, Nerd, The Rudeboys, Synchronizer dan Radish Fan. Fist of Fury juga terbitkan satu demo pada tahun yang sama iaitu Guilty of Inncoents dan menyumbangkan vokal dalam lagu Inserted Rage dalam demo tersebut dan tidak lama kemudian, Naza pun berpindah ke Kuala Lumpur. Setelah sampai, Naza telah bekerjasama dengan Iman Tang yang pada ketika itu mempunyai label iaitu Strange Culture Records (SCR) dan menarik beberapa kugiran dari Kuching untuk masuk Semenanjung antaranya Saturday Heroes, Nerd dan The Rudeboys yang berjaya menerbitkan EP masing-masing bawah naungan label tersebut sebelum ditukar kepada Clockwork Records.

Kemudian Naza menyertai kugiran hardcore Social Cure dan menyumbangkan vokal dalam beberapa buah lagu. Selepas itu, Naza menganggotai kugiran indie rock Polythene sebagai vokalis/gitaris dan muncul bersama EP This Life Cumulative yang dikeluarkan pada 2002. Beliau meninggalkan kumpulan itu dan menyertai pula OAG sebagai gitaris dan beliau telah menerbitkan dua album bersama kumpulan itu iaitu Opera Radhi-o Friendly pada tahun 2002 dan Satelit Ink pada tahun 2003.

Naza meninggalkan OAG pada 2004 dan menubuhkan kumpulannya sendiri, The Times yang turut dianggotai oleh adiknya, Mono dari kugiran Saturday Heroes. The Times telah menikmati kejayaan dalam industri muzik indie dengan menerbitkan tiga album - Soda Pop Rok 'N' Roll, Nada Melankolik Malaya dan Modern Minimalis Glamour.

Naza juga ialah pemilik kedai muzik Sputnik Rekordz yang beroperasi di Pasar Besar TTDI, Taman Tun Dr. Ismail.[1] Beliau pernah tampil dalam lagu Pastel Lite bertajuk "Hello Sayang" yang dimuatkan dalam album Pop Bilik Tidur (2019). Beliau bersama bekas wartawan muzik, Adly Syairi Ramly mengarang buku Psyche Oh! A Go Go yang memperincikan tentang khazanah muzik pop Malaysia dan Singapura antara 1964 dan 1974, ia dikeluarkan pada Ogos 2020 oleh Obscura Malaysia.[2]

Kehidupan peribadi sunting

Naza telah berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan tiga anak. Perkahwinan pertama beliau ialah bersama pelakon Dayana Kamal dan dikurniakan seorang anak, Dayang Fatiha Amanda.[3] Selepas Dayana meninggal dunia akibat nahas jalan raya pada 2009, beliau berkahwin dengan Eff Aziz dan dikurniakan dua lagi anak, Nyna Isabella dan Ayden Mikhail.

Rujukan sunting

  1. ^ Azizul Rahman Ismail (18 September 2020). "Down memory lane" [Kenangan sepanjang jalan] (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. Dicapai pada 3 Oktober 2020. His passion for the forgotten past led Naza Mohamad to compile and archived old music records
  2. ^ Ku Syafiq Ku Rozi (6 September 2020). "Khazanah muzik yang hilang". Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 Oktober 2020. Buku Psyche Oh! A Go Go bukti datuk nenek kita 'cool'!
  3. ^ "Kali terakhir jumpa sebelum ibu meninggal, anak Naza The Times pendam niat bertemu bapa". Oh! Bulan. 29 Jun 2020. Dicapai pada 3 Oktober 2020.

Pautan luar sunting