Need for Speed (filem)

Need for Speed ialah filem aksi seram ngeri Amerika Syarikat 2014 diarahkan oleh Scott Waugh, ditulis oleh George Gatins dan John Gatins dan dihasilkan oleh DreamWorks Pictures. Berdasarkan permainan video oleh Electronic Arts, filem ini dibintangi Aaron Paul sebagai pelumba jalanan, Tobey Marshall.

Need for Speed
PengarahScott Waugh
Lakon layarGeorge Gatins
Cerita oleh
  • George Gatins
  • John Gatins
BerdasarkanNeed for Speed oleh
Electronic Arts
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiShane Hurlbut
Disunting oleh
Muzik olehNathan Furst
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWalt Disney Studios
Motion Pictures
Tarikh tayangan
  • 12 Mac 2014 (2014-03-12) (UK)
  • 14 Mac 2014 (2014-03-14)
Masa tayangan
130 minit[1]
Negara
  • Amerika Syarikat
  • Perancis
  • United Kingdom
  • Filipina
BahasaInggeris
Bajet$66 juta[2]
Pecah panggung$203.3 juta[3]

Need for Speed ditayangkan oleh Touchstone Pictures pada Mac 14, 2014 di teater 3D, IMAX dan konvensional. Walaupun menerima ulasan negatif daripada pengkritik, filem ini mengutip $203.3 juta di seluruh dunia.

Plot sunting

Ditipu oleh bekas rakan kongsi untuk pembunuhan yang tidak dilakukannya, Tobey Marshall, seorang pembina kereta dan pelumba jalanan yang bergelut dengan kewangan menghabiskan dua tahun di dalam penjara. Selepas keluar daripada penjara, dia mendapatkan kereta terpantas yang pernah dibina dan dijual oleh bengkelnya dan berusaha untuk memasuki perlumbaan rahsia dan mempunyai kepentingan yang sangat tinggi dikenali sebagai The DeLeon. Tujuannya untuk membalas dendam, mendapat pengiktirafan daripada dunia perlumbaan dan untuk menyelesaikan masalahnya.

Pelakon sunting

Tayangan sunting

Need for Speed mengadakan tayangan perdananya di Teater Cina TCL pada Mac 7, 2014.[4] Filem ini ditayangkan oleh Touchstone Pictures pada Mac 14, 2014 di teater 3D, IMAX dan konvensional 2D.

Penerimaan sunting

Box office sunting

Need for Speed mengutip $43,577,636 di Amerika Utara dan $159,700,000 di negara-negara lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $203,277,636.[3]

Respons kritikal sunting

Need for Speed menerima ulasan negatif daripada pengkritik filem. Laman web Rotten Tomatoes melaporkan bahawa 22% pengkritik memberi filem ini ulasan positif berdasarkan 156 ulasan dengan purata skor 4.3 daripada 10.[5] Di Metacritic, ia mendapt skor 39 berdasarkan 38 ulasan.[6]

Sekuel sunting

China Movie Channel, Jiaflix Enterprises dan 1905 Pictures bekerjasama bersama EA Games untuk menghasilkan sekuel dengan filem ini dijadual mengambil tempat dan menjalani pengambaran di China.

Rujukan sunting

  1. ^ "Need for Speed (12A)". Entertainment One. British Board of Film Classification. February 11, 2014. Dicapai pada February 27, 2014.
  2. ^ McClintock, Pamela (17 October 2013). "DreamWorks' Stacey Snider Reveals How Studio Slimmed Down to Stay Alive". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 9 December 2013.
  3. ^ a b "Need for Speed (2014)". Box Office Mojo. Dicapai pada May 7, 2014.
  4. ^ Bacardi, Francesca (7 March 2014). "Aaron Paul's Car Overheats at 'Need for Speed' Premiere (VIDEO)". Variety. Dicapai pada 15 March 2014.
  5. ^ "Need for Speed (2014)". Rotten Tomatoes. Dicapai pada August 12, 2014.
  6. ^ "Need for Speed". Metacritic. Dicapai pada April 20, 2014.

Pautan luar sunting