YB Tuan Ng Sze Han merupakan seorang Ahli Dewan Negeri Selangor bagi DUN Kinrara sejak memenangi kerusi itu pada tahun 2013 mewakili Parti Tindakan Demokratik (DAP)[1].

YB Tuan

Ng Sze Han
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Memegang jawatan
2023
Menteri Besar Amirudin Shari
PortfolioEXCO Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti
Didahului olehTeng Chang Khim (EXCO Industri dan Perdagangan)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Dalam jawatan
2018–2023
Menteri Besar Amirudin Shari
PortfolioEXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru
Didahului olehEan Yong Hian Wah (EXCO Kerajaan Tempatan & Pembangunan Kampung Baru)
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Kinrara
Memegang jawatan
2013
Didahului oleh Teresa Kok
Majoriti54,535 (2023)
45,212 (2018)
14,604 (2013)
Butiran peribadi
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Harapan (PH)
PekerjaanAhli politik


Beliau berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor di bawah porfolio EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru pada tahun 2018 hingga 2023 sebelum dilantik sebagai Exco Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti.[2].

Kehidupan Awal sunting

Kerjaya

Sebelum bergiat aktif di dalam politik, beliau bekerja di Augier SA sebagai Pengurus Wilayah Asia Pasifik pada tahun 2001 hingga 2008. Beliau seterusnya berkhidmat di Majlis Perbandaran Subang Jaya (kini Majlis Bandaraya Subang Jaya) pada tahun 2008-2013.

Selama berkhidmat di MBSJ, telah menjadi Ahli Jawatankuasa One Stop Centre (OSC), Kewangan, Infrastruktur & Kemudahan dan Audit Dalaman.


Politik

Pada tahun 2013, beliau telah berkhidmat sebagai Bendahari DAP Selangor sebelum diberi kepercayaan untuk menjadi Setiausaha DAP Selangor sejak 2022 sehingga kini.

Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat & Penolong Bendahari DAP.

Pencapaian sunting

Menyelesaikan Masalah Banjir di Kinrara

Masalah banjir di Kinrara tidak dipandang enteng oleh YB Tuan Ng Sze Han. Siasatan telah dilakukan untuk mengenalpasti punca masalah yang menyebabkan banjir dan didapati bahawa Kolam Takungan Air Sungai Kuyoh telah cetek dan mengecil. Satu perbincangan telah dilakukan dengan YB Menteri Wilayah Persekutuan dan Dato Bandar DBKL. YB Menteri akhirnya setuju agar kerja-kerja ini dijalankan dan disegerakan. Ban Sungai Kuyoh turut dibina dan terowong di bawah Lebuhraya KESAS yang didapati turut menjadi punca banjir telah ditutup. Hasilnya, tiada lagi banjir di kawasan Kinrara.



Rujukan sunting

  1. ^ "Keputusan penuh PRU13 Parlimen & Dun Selangor, sapa paling layak jadi Exco Kanan? | Cenangau Daunkari". Keputusan penuh PRU13 Parlimen & Dun Selangor, sapa paling layak jadi Exco Kanan? | Cenangau Daunkari. 9 Mei 2013. Dicapai pada 2023-08-09.
  2. ^ "7 muka baru Exco Selangor". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2018-05-14. Dicapai pada 2023-08-09.