Nicolò Zaniolo (sebutan bahasa Itali: [nikoˈlɔ ddzaˈnjɔːlo]; lahir 2 Julai 1999) merupakan seorang pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Serie A, Roma dan pasukan kebangsaan Itali.

Nicolò Zaniolo
Zaniolo in 2019
Maklumat peribadi
Nama penuh Nicolò Zaniolo
Tarikh lahir (1999-07-02) 2 Julai 1999 (umur 24)
Tempat lahir Massa, Itali
Ketinggian 1.90 m (6 ka ​2 1316 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Roma
Nombor 22
Kerjaya remaja
2008–2010 Genoa
2010–2016 Fiorentina
2016–2017 Virtus Entella
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2016–2017 Virtus Entella 7 (0)
2017–2018 Internazionale 0 (0)
2018– Roma 30 (4)
Pasukan kebangsaan
2016–2017 Itali B18 2 (0)
2017–2018 Itali B19 18 (6)
2018– Itali B21 8 (0)
2019– Itali 2 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 08:23, 20 September 2019 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10 September 2019

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Zaniolo pada awalnya berlatih di akademi Fiorentina.[1] Pada hari terakhir jendela perpindahan pertengahan tahun 2016, beliau telah dilepaskan oleh Fiorentina dan menyertai Virtus Entella.[2] Setelah mewakili pasukan Primavera Entella selama beberapa bulan, Zaniolo telah diberi peluang untuk melakukan penampilan sulung di Serie B pada 11 Mac 2017 iaitu semasa beliau berusia 17 tahun. Beliau telah beraksi menentang Benevento yang berkesudahan pasukannya menang 3–2.[3] Secara keseluruhannya, beliau telah beraksi sebanyak tujuh perlawanan untuk Biancocelesti buat musim 2016–17.[4]

Pada 5 Julai 2017, Internazionale mengumumkan bahawa pihak kelab telah berjaya mengikat Zaniolo dengan perpindahan yang dilaporkan sebanyak €1.8 juta bersama bonus €1.7 juta.[5][6] Beliau beraksi untuk pasukan Primavera Inter ketika musim 2017–18 dan menjadi penjaring terbanyak pasukan dengan menjaringkan 13 gol di samping pasukannya merangkul kejohanan Campionato Nazionale Primavera.[7] Zaniolo melakukan penampilan sulungnya untuk Internazionale dalam perlawanan persahabatan pra-musim pada 9 Julai 2017.[8] Walau bagaimanapun, beliau tidak beri peluang untuk beraksi dalam sebarang perlawanan kompetitif bersama pasukan utama.

Roma sunting

Pada Jun 2018, Zaniolo dan Davide Santon dilaporkan telah menyertai Roma sebagai sebahagian daripada rundingan perpindahan Radja Nainggolan ke Inter.[9] Zaniolo melengkapkan ujian kesihatannya pada 25 Jun sebelum menandantangani kontrak selama lima tahun bersama Roma.[10][11] Beliau melakukan kemunculan pertamanya untuk Roma dan debut di Liga Juara-Juara Eropah pada 19 September ketika kekalahan 3–0 kepada Real Madrid di Santiago Bernabéu.[12] Beliau melakukan penampilan pertamanya di Serie A pula pada 26 September 2018 ketika berusia 19 tahun dalam aksi menentang Frosinone. Pada 26 Disember, beliau telah menjaringkan gol pertamanya di Serie A ketika membantu pasukannya menang 3–1 ke atas Sassuolo.[13] Setahun kemudian, dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Porto, Zaniolo menjadi pemain Itali termuda yang menjaringkan dua gol dalam satu perlawanan kejohanan tersebut selepas beliau berhasil mencipta rekod tersebut sekali gus membantu Roma untuk meraih kemenangan 2–1.[14]

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada 1 September 2018, beliau telah menerima panggilan pertama oleh pasukan kebangsaan Itali ketika di bawah kendalian pengurus Roberto Mancini bagi menghadapi perlawanan pembukaan menentang Liga Negara-Negara UEFA menentang Poland dan Portugal pada hujung bulan.[15][16]

Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Itali pada 23 Mac 2019 dengan menjadi pemain gantian kepada Marco Verratti semasa menentang Finland dalam aksi pembukaan kelayakan Euro 2020.[17]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau merupakan anak kepada Igor Zaniolo, seorang bekas pemain bola sepak yang beraksi di posisi penyerang untuk kelab-kelab Serie B dan Serie C.[18]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 19 September 2019.[19]
Kelab Musim Liga Piala Eropah[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Virtus Entella 2016–17 7 0 7 0
  Internazionale 2017–18 0 0 0 0 0 0
  Roma 2018–19 27 4 2 0 7 2 36 6
2019–20 3 0 0 0 1 1 4 1
Jumlah 30 4 2 0 8 3 40 7
Jumlah kerjaya 37 4 2 0 8 3 47 7
  1. ^ Termasuk kejohanan Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa

Antarabangsa sunting

Sehingga 26 Mac 2019[20]
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2019 2 0
Jumlah 2 0

Pencapaian sunting

Individu sunting

Catatan sunting

  1. ^ "Il padre di Zaniolo: "E pensare che ci dissero che non era all'altezza della Primavera della Fiorentina"". fiorentinanews.com (dalam bahasa Italian). Florence: Associazione Giovani Editori Toscani. 4 September 2018. Dicapai pada 4 December 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Zaniolo, scartato dalla Fiorentina e ora in Nazionale. E non ha mai giocato in A…". fiorentina.it (dalam bahasa Italian). C&C Media. 3 September 2018. Dicapai pada 4 December 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "Game Report by Soccerway". Soccerway. 11 March 2017. Dicapai pada 25 June 2018.
  4. ^ https://us.soccerway.com/players/nicolo-zaniolo/471102/
  5. ^ "Nicolo Zaniolo signs for Inter". F.C. Internazionale Milano. 5 July 2017. Dicapai pada 6 July 2017.
  6. ^ "ESCLUSIVA - Ds Entella: "Zaniolo è costato 3.5 milioni. Ha gran carattere"". fcinternews.it (dalam bahasa Italian). Total Market Web (TMW) Network. 5 July 2017. Dicapai pada 6 July 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati kekal]
  7. ^ "Calendario e Risultati 30^ GIORNATA - 19/05/2018" (dalam bahasa Italian). Lega Serie A. 19 May 2018. Dicapai pada 7 June 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "#BRUNICO2017: INTER 2-1 WSG WATTENS". F.C. Internazionale Milano. 9 July 2017. Dicapai pada 4 December 2018.
  9. ^ "Nainggolan-Inter, è fatta: alla Roma 24 milioni, Santon e Zaniolo". La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Italian). Milan: RCS MediaGroup. 20 June 2018. Dicapai pada 25 June 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "Gallery: visite mediche per Davide Santon e Nicolò Zaniolo" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Italian). Rome: A.S. Roma. 25 June 2018. Dicapai pada 25 June 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "La Roma perfeziona l'ingaggio di Nicolò Zaniolo" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Italian). Rome: A.S. Roma. 26 June 2018. Dicapai pada 26 June 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ "Real Madrid 3-0 Roma: goals and highlights". calciomercato.com. Calcioinfinito. 19 September 2018. Dicapai pada 2 January 2019.
  13. ^ "Nicolo Zaniolo scored the perfect goal for the day after Christmas". sbnation.com. Vox Media. 26 December 2018. Dicapai pada 2 January 2019.
  14. ^ "Roma 2-1 FC Porto: Nicolò Zaniolo scores twice in win for hosts". BBC Sport. 12 February 2019. Dicapai pada 14 February 2019.
  15. ^ "Chiellini rejoins Italy squad; Pellegri called up". www.sportsnet.ca. 1 September 2018. Dicapai pada 2 September 2018.
  16. ^ "Italy squad named with teenager Pietro Pellegri called up". Onefootball English (dalam bahasa Inggeris). 2018-09-01. Dicapai pada 2018-09-01.
  17. ^ "Italy: Kean and Barella take down Finland". Football Italia. 23 March 2019.
  18. ^ https://www.fantagazzetta.com/news/calcio-italia/06_07_2017/inter-ecco-zaniolo-lagente-lo-voleva-il-milan-la-juve-parlava-con-lentella-da-mesi-papa-igor-somiglia-a-pastore-272499
  19. ^ "Nicolò Zaniolo". Soccerway.
  20. ^ "Zaniolo, Nicolò" (dalam bahasa Italian). FIGC. Dicapai pada 24 March 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  21. ^ "Ronaldo MVP in Serie A Awards". Football Italia. 18 May 2019. Dicapai pada 18 May 2019.

Pautan luar sunting