Nisaa adalah telefilem Malaysia 2017 yang bertemakan kekeluargaan dan konflik. Drama ini telah ditayangkan pada 8 September 2017 pada jam 9:30 malam melalui saluran TV2 di slot Citra.[2]

Nisaa
Genre
Ditulis olehAzharul Azmir Kamarulzaman
PengarahHisyamudin Ahmad[1]
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Penerbitan
PenerbitUnit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia
Tempoh siaran84 minit
Penyiaran
Saluran asalTV2
Siaran asal8 September 2017 (2017-09-08)

SinopsisSunting

Mengisahkan tentang perjuangan seorang wanita, Nisaa yang mencari kebenaran atas apa yang berlaku kepada adiknya, Husin yang menjadi mangsa salah laku sebuah organisasi dalam sebuah kilang kayu arang. Husin bekerja bagi menampung perbelanjaan kakaknya Nisaa bagi menunaikan ibadah di Mekah. Nisaa cuba menyamar dengan bekerja dan melalui temu duga seperti yang dilalui oleh adiknya agar tidak menimbulkan syak. Namun pergolakan yang berlaku dalam kilang kayu arang seperti biasa dapat dilindungi oleh Kelok dengan bantuan Pak Yan yang bertindak sebagai ketua operasi. Langkah siasatan Nisaa semakin sukar apabila Dolek yang bertindak sebagai ketua kilang mempunyai rasa cinta pada Nisaa. Nisaa buntu dengan langkah penyiasatannya, muncul kumpulan pekerja yang diketuai oleh Enang, Sina dan Mukhris yang cuba membantu dengan menyoal Aji yang berubah sikap pendiam selepas kehilangan Husin. Perkaitan antara peristiwa yang berlaku memberi gambaran tentang konflik hak pekerja yang terabai. Nisaa terperangkap antara mencari kebenaran dan menjadi mangsa kasih pada kerakusan kelompok lelaki kilang kayu arang.

PelakonSunting

Anugerah dan pencapaianSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Skrin 2018[3][4] Drama Terbaik Dicalonkan

RujukanSunting

  1. ^ "'Senarai anugerah penuh Anugerah Skrin 2018'". Xtra. Dicapai pada 27 Oktober 2018.
  2. ^ "'#Citra-Telefilem Nisaa'". Radio Televisyen Malaysia. Dicapai pada 27 Oktober 2018.
  3. ^ "'12 karya bakal dinilai untuk Drama Terbaik ASK2018'". mSTAR. Dicapai pada 27 Oktober 2018.
  4. ^ "'Senarai anugerah penuh Anugerah Skrin 2018'". Xtra. Dicapai pada 27 Oktober 2018.