Nombor perdana

nombor di mana satu-satunya faktor adalah satu dan itu sendiri

Dalam matematik, nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.

Jika suatu bilangan yang lebih besar daripada satu bukan nombor perdana, maka bilangan itu disebut nombor komposit. Cara termudah untuk menentukan nombor perdana yang lebih kecil daripada bilangan tertentu adalah dengan menggunakan saringan Eratosthenes manakala saringan Atkin agak pantas.

Nombor perdana terbesar sunting

Nombor perdana terbesar yang diketahui setakat ini ialah 274,207,281 − 1. Bilangan ini mempunyai 22,338,618 digit dan merupakan nombor perdana Mersenne. Ditemui oleh Great Internet Mersenne Prime Search pada 7 Januari 2016.

Nombor perdana terkecil dan satu-satunya nombor perdana genap ialah 2.

Konjektur penting sunting

Terdapat beberapa konjektur (tekaan) yang penting dalam matematik yang melibatkan nombor perdana. Antaranya ialah: