Novosibirsk (Rusia: Новосиби́рск, disebut [nəvəsʲɪˈbʲirsk]) merupakan bandaraya ketiga terbesar di Rusia, selepas Moscow dan St.Petersburg, dan bandar ini merupakan pusat pentadbiran bagi Wilayah Novosibirsk. Bandar ini juga, merupakan bandar yang paling besar di kawasan Siberia dan merupakan pusat pentadbiran bagi daerah persekutuan Siberia, dimana ia terletak di bahagian barat daya.

Kedudukan bandaraya Novosibirsk di Rusia

Pembukaan bandar ini bermula dalam tahun 1893. Status perbandaran dicapai, dalam tahun 1904. Kedudukan bandar ini terletak ditepi sungai Ob. Keluasan bandar ini mencapai 503 km² (194.2 kaki per batu). Mengikut bancian Rusia 2002, bandar ini mempunyai populasi penduduk seramai 1,425,508, dan meletakkan ia merupakan bandar ketiga mempunyai populasi tertinggi di Rusia. Dengan, populasi dan keluasan bandar ini, kepadatan penduduk mencapai 2,834/km² (7,340/kaki per batu).