Sentulang

spesies tumbuhan
(Dilencongkan dari Nyabau)

Sentulang (nama saintifik: Jackiopsis ornata sin. Jackia ornata)[1] ialah spesies tumbuhan dalam keluarga Rubiaceae. Ia juga dipanggil aji samad, medang gembut, medang tanduk, mentagur paya, segan selumbar, merbuluh merah, selimbar, selimbar paya, selumar dan selumbar. Di Borneo, ia disebut nyabau, seluma, selumar, ulin air dan ulin paya.[2]

Sentulang
Jackiopsis ornata
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Asterid
Order: Gentianales
Keluarga: Rubiaceae
Subkeluarga: Ixoroideae
Tribus: Jackieae
Genus: Jackiopsis
Ridsdale
Spesies:
J. ornata
Nama binomial
Jackiopsis ornata
Sinonim

Gambaran sunting

Daun pokok setinggi 43 m dan panjang 86 cm. Stipul mengelilingi ranting, dengan hujung turus panjang sepanjang sisi. Daunnya bertentangan, lebat pada hujung ranting, ringkas, berurat (penni-veined, kasar (glabrous) sehingga berbulu. Bunganya 4 mm diameter, putih ke merah jambu, terletak dalam bulir. Buahnya 18 mm diameter, hijau-kuning-merah, dengan benih bersayap tiga.

Habitat sunting

Ia tumbuh di kawasan berpaya gambut dara dan hutan dipterokarpa bercampur sehingga ketinggian 400 m, di kawasan berpaya dan sepanjang sungai, serta di tanah berpasir. Ia turut ditemukan dalam hutan sekunder, biasanya terdapat di kawasan sisi tidak terusik

Kegunaan sunting

Digunakan sebagai sumber kayu.

Taburan sunting

Semenanjung Malaysia, Sumatera, Borneo (keseluruhan pulau).

Rujukan sunting

  1. ^ Jackiopsis ornata. Sistem Maklumat Kepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/33441. [Didapat kembali 04 Julai 2023]
  2. ^ Jackiopsis ornata (Wall.) Ridsdale

Pautan luar sunting