Cabak berkuping (burung)

(Dilencongkan dari Nyctiphrynus mcleodii)

Cabak berkuping (Nyctiphrynus mcleodii) ialah spesies tukang dalam keluarga Caprimulgidae. Ia endemik di Meksiko.[2]

Cabak berkuping
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Caprimulgiformes
Keluarga: Caprimulgidae
Genus: Nyctiphrynus
Spesies:
N. mcleodii
Nama binomial
Nyctiphrynus mcleodii
(Brewster, 1888)

Taksonomi dan sistematik sunting

Ia kadangkala diletakkan dalam genus Otophanes. Dua subspesies diiktiraf oleh kebanyakan pihak berkuasa, spesies penama Nyctiphrynus mcleodii mcleodii dan N. m. rayi. Walau bagaimanapun, sesetengah pengarang berpendapat bahawa subspesies keduanya tidak sah.[2][3][4][5]

Pemerihalan sunting

Panjangnya ialah 20 hingga 21 cm (7.9 hingga 8.3 in). Berat jantan ialah 30.8 hingga 37 g (1.1 hingga 1.3 oz) dan betina 24 hingga 35.3 g (0.85 hingga 1.2 oz). Bahagian atas subspesies penama kelabu bertompok hitam dan putih pada sayap. Jalur putih yang lebih lebar pada tekak mengelilingi lehernya. Ia berbulu gombak yang menonjol sebagai "jumbai telinga". Dadanya kelabu dan perutnya kuning pucat bertompok putih. Bulu ekornya kecuali pasangan tengah berhujung putih. Terdapat juga bentuk karat yang keseluruhannya lelang hingga perang kemerahan. N. m. rayi mempunyai bahagian bawah yang lebih gelap dan kelabu dan tompok putih pada sayapnya lebih kecil.[5]

Taburan dan habitat sunting

Ia ditemui di sebahagian besar panjang Meksiko barat. N. m. mcleodii ditemui dari Cihuahua dan Sonora ke selatan ke Jalisko dan Kolima. N. m. rayi terdapat di Guerrero dan Oaksaka. Semua rakaman di negeri terakhir adalah antara Februari dan Mei, menunjukkan beberapa pergerakan bermusim. Ia kebanyakannya mendiami hutan pain/oak atau oak terbuka di kawasan pergunungan separa gersang. Ia juga boleh ditemui di parit berhutan, lereng bukit di bawah hutan awan, dan ladang bertumbuhan. Dalam ketinggian, julatnya kebanyakannya dari 600 hingga 2,000 m (2,000 hingga 6,600 ka) tetapi telah dirakamkan sehingga 2,500 m (8,200 ka).[5]

Tingkah laku sunting

Pemakanan sunting

Ia meramu serangga dengan menangkap mangsa dari pokok atau tanah. Kumbang dan rama-rama nampaknya membentuk sebahagian besar dietnya.[5]

Pembiakan sunting

Ia nampaknya membiak antara April dan Jun. Dua biji telur sesangkak ditelurkan terus ke atas tanah dan kedua-dua jantina mengeramkannya.[5]

Vokalisasi sunting

Seruannya ialah "piiyo atau piijo yang kuat dan tiba-tiba yang berakhir dengan tegas", dan dibunyikan pada waktu malam dari tenggeran atau tanah. Ia juga membuat bunyi "teu-uu-uu' yang menurun dan goyah." Seruannya termasuklah nada "gwik", "wuik", dan "cak".[5]

Status sunting

IUCN pada asalnya menilainya sebagai Hampir Terancam tetapi sejak 2004 telah menilainya sebagai Kurang Membimbangkan. Ia mempunyai julat dan populasi yang besar, walaupun bilangannya semakin berkurang. Tiada ancaman segera telah dikenalpasti.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b BirdLife International (2020). "Eared Poorwill Nyctiphrynus mcleodii". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020. Dicapai pada 12 October 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "IUCN" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b Gill, F.; Donsker, D.; Rasmussen, P. (July 2021). "IOC World Bird List (v 11.2)". Dicapai pada July 14, 2021.
  3. ^ Clements, J. F., T. S. Schulenberg, M. J. Iliff, S. M. Billerman, T. A. Fredericks, J. A. Gerbracht, D. Lepage, B. L. Sullivan, and C. L. Wood. 2021.
  4. ^ HBW and BirdLife International (2020) Handbook of the Birds of the World and BirdLife International digital checklist of the birds of the world Version 5.
  5. ^ a b c d e f Cleere, N. and G. M. Kirwan (2020).