O.K (telemovie)
O.K (2002) adalah telemovie pertama arahan Saiful Apek hasil kerjasama MOY Multimedia Sdn Bhd dan Gitu-Gitu Production. Telemovie ini diterbitkan terus ke format VCD.
MOY masa itu adalah pemilik tanda dagang majalah Ujang dan lain-lain majalah humor tempatan. Makanya vcd ini disertakan sekali dalam sisipan majalah terbitan MOY yang dijual dan diterbitkan secara bulanan dan dipos kepada penerima bertuah (pengirim surat kepada majalah).
Plot
sunting4 pemuda kampung Saiful, Bob, CD dan Anye bercita-cita menjadi bintang rock dan pada satu hari mereka terlihat iklan pencarian ujibakat artis rakaman.
Pada masa yang sama, empat adik beradik iaitu Tuty, Ida, Inyanie dan Rina juga berimpian menjadi bintang pop.
Masing-masing menjalani kehidupan dengan cara berbeza sehinggalah satu hari mereka bertemu di sesi ujibakat.
Pelakon
sunting- Saiful Apek
- Bob Kuman
- Yassin Yahaya
- C.D Naz
- Adza Adzrieyanti Adenan
- Adza Irdawati Adenan
- Adza Tutyrianti Adenan
- Adza Rinawati Adenan
- Jesse Lim
- Stone Barongan
Trivia
sunting- Yassin Yahaya dikreditkan sebagai Yassin Anye di dalam telefilem ini kerana waktu ini beliau sudah tamat kontrak bersama kumpulan Senario. Yassin hanya mengumumkan nama 'Yassin Anye' mulai 2010 dalam laporan Berita Harian. Beliau memaklumkan nama timangan diberikan oleh ibunya dan hanya keluarga dan teman rapat tahu nama manjanya.
- C.D Naz hanya dikreditkan sebagai 'C.D' sahaja dalam telefilem ini. Umum tahu C.D Naz lebih dikenali sebagai anggota kumpulan Sil Khannaz sebelum bergerak sendiri dan melancarkan album solo pada 2006. Di arena muzik underground Malaysia, C.D Naz terlebih dahulu menggunakan nama C.D Khanzab, sebelum memasuki arena mainstream dan memilih C.D Naz. Nama lahir beliau adalah Rashidi bin Rashid.
- Pada waktu ini kumpulan D'Adza sudah bernaung di bawah Gitu-Gitu Production makanya mereka turut ditampilkan sebagai heroin di dalam telefilem ini.
- Kebiasaan dalam vcd terbitan MOY mereka akan menyertakan sekali kartunis mereka sebagai pelakon. Cuma untuk vcd ini mereka tidak berbuat demikian.
- Disebabkan hanya dipasarkan ke format vcd, maka publisiti untuk telemovie ini amat terhad hanya diketahui pembaca majalah terbitan syarikat MOY sahaja. Sementelahan pula karya ini tidak pernah ditayangkan di televisyen.
- Gitu-gitu production mendapat publisiti meluas apabila program terbitan mereka 'Gitu-Gitu Apek' mendapat tontonan ramai di astro ria.
- Saiful Apek masih berkontrak sebagai anggota kumpulan Senario sewaktu telemovie ini diterbitkan. Hanya selepas Lang Buana disiapkan barulah Saiful Apek bergerak solo dan kemudian aktif bergerak secara bertiga bersama-sama Bob dan Yassin.