Oberster SA-Führer

Barisan kepimpinan Sturmabteilung ialah gelaran dan kedudukan yang disandang oleh para komander Sturmabteilung (SA) Parti Nazi antara tahun 1920 dan 1945.

Pemerintah tertinggi seluruh SA ialah Oberster SA-Führer, secara harfiah Pemimpin SA Tertinggi, satu jawatan titular, manakala Chef des Stabes, iaitu Ketua Turus, menyelia operasi harian organisasi ini.

Oberste SA-Führer sunting

Untuk memusatkan kesetiaan SA, Hitler sendiri mengambil alih keseluruhan organisasi pada tahun 1930 dan kekal Oberster SA-Führer untuk tempoh kewujudan organisasi itu. Selepas tahun 1931, orang yang menyandang pangkat Stabschef, seperti Ernst Röhm, telah diterima sebagai komander SA.[2] Oberster SA-Führer tidak mempunyai insignia pakaian seragam tertentu dan merupakan gelaran separa tentera yang boleh dilambangkan dalam pelbagai cara. Göring, misalnya, mencipta satu seragam rumit, dengan lilitan lengan swastika berserta dengan jalur perkhidmatan putih. Sebaliknya, Maurice hanya memakai baju SA Nazi dengan tanpa insignia, begitu juga Hitler ketika beliau menyandang gelaran Oberster SA-Führer.

Stabschef sunting

Selepas penciptaannya pada tahun 1929, Stabschef telah dianggap ketua sebenar SA.

Wagener menyandang gelaran Stabschef, dengan pangkat yang dicipta oleh Ernst Röhm. Lutze menggantikan Röhm selepas Röhm dibunuh, dan Schepmann menggantikan Lutze selepas Lutze maut dalam kemalangan kereta.

Insignia awal bagi Stabschef mengandungi pelapik satu daun oak yang dipakai pada kolar pakaian seragam SA. Bukti bergambar menunjukkan Röhm memakai insignia seperti itu di peringkat awal sebagai Stabschef. Oleh kerana kuasa Röhm semakin bertambah, insignianya juga berubah. Gambar-gambar dari pertengahan tahun 1931 menunjukkan Röhm memakai insignia corak tiga daun oak. Selepas tahun 1933, insignia bagi Stabschef mengandungi corak satu "bintang" yang dilingkari oleh separuh kalungan daun oak. Direka sendiri oleh Röhm, ia berdasarkan pada insignia Jeneral Bolivia (Röhm bertugas sebagai penasihat tentera Jerman kepada Bolivia pada hujung 1920an).

Selepas Röhm dibunuh pada Malam Pisau Panjang tahun 1934, penggantinya Lutze mengubah insignia itu kepada corak kalungan oak leaf serupa dengan insignia Reichsführer-SS. Insignia Sturmabteilung ini kekal sehingga hujung Perang Dunia II (1945).

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ a b McNab 2009, m/s. 14.
  2. ^ McNab 2009, m/s. 14, 15.

Bibliografi sunting

  • Bedurftig, Friedemann, and Christian Zenter (1985). The Encyclopedia of the Third Reich.
  • McNab, Chris (2009). The Third Reich. Amber Books Ltd. ISBN 978-1-906626-51-8.CS1 maint: ref=harv (link)