Odeya Rush (Ibrani: אודיה רש; lahir Odeya Rushinek; 12 Mei 1997) ialah seorang pelakon dan model wanita Israel.[1] Beliau terkenal dengan peranannya dalam filem The Giver (2014) dan Goosebumps (2015).

Odeya Rush
Rush pada 2011
Kelahiran
Odeya Rushinek

(1997-05-12) 12 Mei 1997 (umur 26)
KerakyatanIsrael
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2010–kini

Kehidupan awal sunting

Rush dilahirkan di Haifa, Israel, kepada bapanya Shlomo Rushinek dan ibunya Maia Greenfeld. Namanya, "Odeya", bermaksud "Syukur" dalam bahasa Yahudi.[2] Ketika berusia lapan tahun di Haifa, Israel, beliau menulis dan membuat persembahan pentas.[3]

Keluarganya berpindah ke Amerika Syarikat ketika beliau berusia 9 tahun jadi bapanya bekerja sebagai perunding keselamatan di Alabama.[4][5] Apabila beliau tiba ke AS, Rush hanya mampu bercakap bahasa Ibrani.[6] Rush berketurunan Yahudi,[2] dan menghadiri N.E. Miles Jewish Day School di Birmingham, Alabama, di mana beliau tinggal.[2][7] Beliau kemudiannya berpindah ke Midland Park, New Jersey, di mana beliau menghadiri sekolah awam.[8]

Bermula 2013, Rush berpindah ke Los Angeles, California bersama keluarganya.[9] Rush mempunyai enam abang. Empat daripadnya lebih muda dari beliau—dua saudara kembarnya tinggal bersama keluarga mereka di Los Angeles, dan dua lagi abang sulungnya yang tinggal di Israel.[4][10]

Kerjaya sunting

Pemodelan sunting

Sebelum menjadi pelakon, Rush memulakan kerjayanya di usia kecil dan remajanya apabila beliau dicungkil sebagai model di Amerika Syarikat, muncul dalam beberapa kempen dan iklan utama bagi jenama fesyen Polo Ralph Lauren, Gap, Tommy Hilfiger dan Guess.[11]

Lakonan sunting

Peranan lakonan pertamanya bermula pada 2010 dalam Law & Order: Special Victims Unit, dalam episod "Branded", di mana beliau melakonkan watak Hannah Milner; dan dalam siri TV Curb Your Enthusiasm dalam episod "Mister Softee", sebagai Emily.[12]

Peranan filem pertamaya bermula pada 2012, memegang watak Joni Jerome, sahabat karib Timothy, dalam filem Disney arahan Peter Hedges, The Odd Life of Timothy Green.[13]

Pada 2013, Rush dinamakan sebagai 20 teratas pelakon muda Hollywood di bawah umur 20 oleh The Midwest TV Guys.[14]

Rush membintangi bersama, sebagai Fiona, dalam filem cereka sains The Giver (2014), berdasarkan dari novel 1993 dengan judul sama karya Lois Lowry, dan diarahkan oleh Phillip Noyce. Filem ini dibintangi oleh Brenton Thwaites, Jeff Bridges, Meryl Streep, Katie Holmes, Alexander Skarsgård dan Taylor Swift. Pada 2014, Rush merupakan salah seorang dari pelakon Israel, bersama Gal Gadot, dinamakan sebagai muka baru wanita Hollywood oleh majalah InStyle.[15]

Pada 2015, Rush melakonkan watak Ashley Burwood, anak saudara Johana Burwood (lakonan Sarah Hyland), dalam filem komedi See You in Valhalla. Peranan Rush yang seterusnya ialah sebagai pelakon utama dalam filem Goosebumps, berdasarkan dari siri buku popular R. L. Stine. Rush memegang watak Hannah Stine, anak perempuan R. L. Stine (dilakonkan oleh Jack Black), yang bergandingan dengan saudaranya untuk menentang raksasa.[16]

Pada 2016, Rush menyiapkan filem komedi satira Coup d'Etat, yang mana beliau berlakon bersama Michael Caine dan Katie Holmes.[17] Beliau juga memegang watak sebagai Ella Hatto, bersama Sam Worthington, dalam filem aksi thriler Hunter's Prayer arahan Jonathan Mostow.[18]

Filemografi sunting

Peranan filem dan televisyen
Tahun Tajuk Peranan Catatan
2010 Wild Birds Beth Filem pendek
2010 Law & Order: Special Victims Unit Hannah Milner Episod: "Branded"
2011 Curb Your Enthusiasm Emily Episod: "Mister Softee"
2012 The Odd Life of Timothy Green Joni Jerome
2013 We Are What We Are Alyce Parker
2013 When the Devil Comes Kyra
2014 The Giver Fiona
2015 See You in Valhalla Ashley Burwood
2015 Goosebumps Hannah Stine
2016 Holding Patterns Amber
2017 Hunter's Prayer Ella Hatto Pasca-penerbitan
2017 The Bachelors
2017 Lady Bird Jenna Walton
2017 When the Devil Comes Kyra
2017 Thanks Maddy Filem pendek (juga sebagai pengarah dan penerbit)
2018 Dear Dictator Tatiana Mills
2018 Dumplin' Ellen 'Elle' Dryver
2018 Spinning Man Joyce Bonner
TBA Let it Snow Pos-produksi

Rujukan sunting

  1. ^ Israeli acting phenom Odeya Rush joins Jack Black in 'Goosebumps' film Haaretz, Feb. 14, 2014
  2. ^ a b c Lomer, Kyara (November 20, 2012). "'Odd Life of Timothy Green' star Odeya Rush talks about her character, Joni, and upcoming roles – South Florida". Sun-sentinel.com. Dicapai pada January 8, 2013.
  3. ^ BRENTON THWAITES & ODEYA RUSH: A NOVEL ROMANCE Diarkibkan 2016-07-24 di archive.today By Splash Staff / People / August 14, 2014
  4. ^ a b Israeli-born actress finding film success in Jersey and beyond
  5. ^ "THE ODD, Wonderful LIFE OF TIMOTHY GREEN'S Odeya Rush". Kidspickflicks.com. August 15, 2012. Dicapai pada January 8, 2013.
  6. ^ Kweskin, Anthony Rotunno,Ward +. "'The Giver' Star Odeya Rush Opens Up About Her Big Break and Becoming BFFs with Taylor Swift". Dicapai pada 2016-08-23.
  7. ^ "Day School Student Stars In Movie". Myemail.constantcontact.com. September 6, 2012. Dicapai pada January 8, 2013.
  8. ^ Gurrie, Samantha. "Rush Hour; In her latest roles, Odeya Rush plays women who are wise beyond their years—but the 16-year-old still gets starstruck by her castmates.", Aritzia, backed up by the Internet Archive as of April 13, 2014. Accessed September 1, 2014. "When she was nine, her family immigrated to the United States from Israel (her name in Hebrew means 'Thank God') and settled in Birmingham, Alabama. They soon moved to Midland Park, New Jersey, and then this past year relocated to Los Angeles, where Rush is pursuing an independent study."
  9. ^ Biography for Odeya Rush. imdb.com
  10. ^ "Flaunt magazine article". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-23. Dicapai pada 2017-06-12.
  11. ^ מחיפה למסך הגדול: כך הפכה אודיה רש בת ה-17 לדבר הבא בהוליווד דנה קסלר / 12/08/2014
  12. ^ Law & Order: Special Victims Unit: Season 12, Episode 6. Branded (20 Oct. 2010). imdb.com
  13. ^ Alan Baltes, December 10, 2010. “Disney to film 'The Odd Life of Timothy Green' in January as casting continues.” Examiner.com
  14. ^ "20 Under 20 (Up and Coming Young Actresses)". The Midwest TV Guys. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-19. Dicapai pada April 18, 2015.
  15. ^ Israel's Gal Gadot and Odeya Rush get noticed as Hollywood's newest leading ladies By Elia Berger, 8 June 2014, The Jerusalem Post
  16. ^ "Israeli actress Odeya Rush joins 'Goosebumps' cast". The Jerusalem Post. February 9, 2014.
  17. ^ Kay, Jeremy. "AFM: Fortitude International boards 'Coup D'Etat'". Screen Daily. Dicapai pada 10 November 2016.
  18. ^ Yamato, Jen. "Odeya Rush Heads To 'Hunter's Prayer'". Deadline. Dicapai pada 10 November 2016.

Pautan luar sunting