Gal Gadot (Bahasa Ibrani: גל גדות‎; lahir 30 April 1985) ialah seorang pelakon, penerbit dan model fesyen wanita Israel. Sebagai seorang pelakon, Gadot dikenali dengan peranannya sebagai Gisele Yashar di dalam siri filem The Fast and the Furious. Pada tahun 2016, Gadot mula melakonkan watak Diana Prince / Wonder Woman di dalam siri filem DC Extended Universe, bermula dengan filem Batman v Superman: Dawn of Justice, disusuli sebagai watak utama di dalam filem Wonder Woman, Justice League (kedua-duanya 2017) dan Wonder Woman 1984 (2020).[2][3]

Gal Gadot
Gal Gadot at the 2018 Comic-Con International 12 (cropped).jpg
Gadot di SDCC 2018 mempromosikan Wonder Woman 1984
Kelahiran (1985-04-30) 30 April 1985 (umur 35)
Petah Tikva, Israel
PekerjaanPelakon, model fesyen, penerbit
Tahun aktif2004–sekarang
Ketinggian178 cm (5 ka 10 in)[1]
PasanganYaron Varsano (k. 2008)
Anak2
Laman webgalgadot.com

Pada tahun 2013, beliau disenaraikan sebagai model fesyen dengan pendapatan kedua tertinggi di Israel.[4] Beliau merupakan wajah jenama Gucci untuk wangian Bamboo.[5]

Pada tahun 2018, Gadot dimasukkan ke dalam senarai tahunan Time dari 100 orang yang paling berpengaruh di dunia, dan dia disenaraikan di kalangan pelakon yang paling berpenghasilan tinggi di dunia.[6][7]

Kehidupan awalSunting

Gal Gadot lahir di Petah Tikva, Israel dan membesar di Rosh HaAyin.[8] Dalam Bahasa Ibrani, nama pertamanya bermaksud "ombak" dan nama keluarga beliau bermaksud "tebing sungai".[9] Ibu bapa beliau kedua-duanya dilahirkan di Israel dan mereka telah menukar nama keluarga mereka daripada "Greenstein" kepada "Gadot".[10] Bapa beliau, Michael Gadot ialah seorang jurutera manakala ibu beliau, Irit (née Weiss) ialah seorang guru. Beliau berketurunan Poland-Yahudi, Austria-Yahudi, Jerman-Yahudi dan Czech-Yahudi. Bermula umur 20 tahun, beliau berkhidmat selama dua tahun sebagai seorang askar dalam Pasukan Pertahanan Israel.[11]

KerjayaSunting

Gadot pada asalnya merancang untuk menjadi seorang peguam.[11] Walau bagaimanapun, ketika berumur 18 tahun, beliau memenangi pertandingan Miss Israel 2004 dan pergi ke Ecuador untuk bertanding dalam pertandingan Miss Universe. Gadot kemudiannya menyertai Pasukan Pertahanan Israel di mana beliau menyelesaikan khidmat ketenteraan selama dua tahun.[12]

Selepas meninggalkan tentera, Gadot mengambil jurusan undang-undang di sebuah universiti. Selepas menyelesaikan tahun pertamanya di universiti, seorang pengarah pemilihan pelakon melihat kadnya dan memanggilnya untuk menghadiri uji bakat untuk watak gadis Bond, Camille Montes dalam filem Quantum of Solace. Beliau gagal untuk mendapat watak tersebut yang diberikan kepada Olga Kurylenko (yang kemudiannya bersaing bersama Gadot untuk watak Wonder Woman). Selepas uji bakat untuk Quantum of Solace, pengarah pemilihan pelakon tersebut memilih Gadot untuk watak Gisele dalam filem Fast & Furious.

Pada tahun 2007, Gadot mengambil bahagian dalam sesi penggambaran Maxim, "Wanita daripada tentera Israel" dan beliau ditampilkan dalam muka hadapan New York Post. Pada bulan April 2012, Shalom Life menyenaraikan beliau di tempat ke-5 dalam senarai "50 wanita Yahudi paling berbakat, bijak, kelakar dan cantik di dunia", di belakang model, Bar Refaeli dan pelakon, Eva Green.[13] Pada tahun 2014, Gadot merupakan seorang daripada dua pelakon wanita Israel bersama Odeya Rush disenaraikan dalam wanita utama akan datang oleh majalah InStyle.[14]

ModelSunting

Beliau telah mengetuai kempen antarabangsa untuk rum Captain Morgan, pewangi Gucci dan produk penjagaan kulit Vine Vera. Beliau juga telah mengiklankan Jaguar Cars. Beliau merupakan wajah jenama Gucci untuk wangian Bamboo,[5] telefon pintar Huawei dan Miss Sixty. Beliau telah ditampilkan dalam muka hadapan Cosmopolitan, Glamour, Bride Magazine dan FHM. Gadot telah menjadi seorang model untuk Castro.[15] Pada tahun 2013, pendapatan tahunan model beliau dianggarkan sekitar 2.4 juta.[16]

LakonanSunting

Pada tahun 2008, Gadot membintangi drama Israel, Bubot. Beliau muncul sebagai Gisele dalam Fast & Furious, filem keempat dalam siri filem The Fast & the Furious.[17][18] Pada tahun 2010, beliau mempunyai peranan kecil dalam filem Knight and Day.[19] Pada awal tahun tersebut, beliau muncul dalam filem Date Night sebagai Natanya, teman wanita karakter Mark Wahlberg. Beliau menyambung wataknya sebagai Gisele dalam filem Fast Five. Pada tahun 2013, Gadot sekali lagi melakonkan watak Gisele dalam filem Fast & Furious 6.

Pada bulan Disember 2013, DC Entertainment mengumumkan bahawa Gadot telah dipilih untuk watak Wonder Woman dalam Batman v Superman: Dawn of Justice dan telah ditandatangani untuk dua filem sekuel termasuk Justice League dan filem solo Wonder Woman.[20][21][22] Gadot menerima latihan pedang, Kung Fu kickboxing (tomoi), capoeira dan jiu-jitsu Brazil sebagai persediaan untuk watak tersebut.[23] Lakonan Gadot sebagai adiwira tersebut telah dipuji sebagai bahagian terbaik dalam filem itu.[24]

Juga pada tahun 2016, beliau membintangi filem jenayah debaran arahan John Hillcoat, Triple 9 bersama-sama Kate Winslet dan Aaron Paul.[25] Beliau juga membintangi filem Criminal sebagai isteri karakter Ryan Reynolds.[26] Gadot melakonkan peranan utama dalam filem komedi, Keeping Up with the Joneses bersama-sama Isla Fisher dan Jon Hamm.[27]

Pada tahun 2017, Gadot membintangi filem solo untuk wataknya, Wonder Woman. Dia mengembalikan peranannya dalam Justice League, yang dikeluarkan pada bulan November 2017, dan merupakan penampilan yang ketiga dalam DC Extended Universe.[28][29][30] In 2017 Gadot was also invited to become a member of the Academy of Motion Picture Arts and Sciences.[31]

Kehidupan peribadiSunting

Gadot berkahwin dengan teman lelakinya, seorang ahli perniagaan Israel, Yaron Varsano[32] semasa pengambaran Fast & Furious pada 28 September 2008. Pasangan ini memiliki sebuah hotel di daerah Neve Tzedek, Tel Aviv. Pada tahun 2015, suaminya, Yaron Varsano menjual hotel itu kepada Roman Abramovich dengan harga $26 juta.[33] Pada bulan November 2011, Gadot melahirkan anak pertama mereka, Alma.

FilemografiSunting

Kunci
  Menunjukkan produksi yang belum dikeluarkan

FilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Nota
2009 Fast & Furious Gisele Yashar
2010 Date Night Natanya
Knight and Day Naomi
2011 Fast Five Gisele Yashar
2013 Fast & Furious 6
2014 Kicking Out Shoshana Mirit
2015 Furious 7 Gisele Yashar
2016 Triple 9 Elena Vlaslov
Batman v Superman: Dawn of Justice Diana Prince / Wonder Woman
Criminal Jill Pope
Keeping Up with the Joneses Natalie Jones
2017 Wonder Woman Diana Prince / Wonder Woman
Justice League
2018 Ralph Breaks the Internet Shank (suara)
2019 Between Two Ferns: The Movie Dirinya sendiri Kameo[34]
2020 Wonder Woman 1984   Diana Prince / Wonder Woman Pasca-produksi; penerbit
Death on the Nile   Linnet Ridgeway-Doyle Pasca-produksi
2021 Zack Snyder's Justice League   Diana Prince / Wonder Woman
TBA Red Notice   Penggambaran
Irena Slender   Irena Slender Pra-produksi; juga penerbit

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Nota
2007 Bubot Miriam "Merry" Elkayam Siri Israel
2009 Entourage Lisa Episod: "Amongst Friends"
2009 The Beautiful Life Olivia Episod: "The Beautiful Aftermath"
"The Beautiful Lie"
"The Beautiful Triangle"
2011 Asfur Kika Siri Israel. Musim 2.
2012 Katmandu Yamit Bareli Siri Israel
2012 Eretz Nehederet Diri sendiri Rancangan Israel. Episod: "Musim 9, Episod 7"

RujukanSunting

  1. ^ גל גדות
  2. ^ Fleming, Mike (4 Disember 2013). "Emerging Star Gal Gadot Set For Wonder Woman In 'Batman Vs. Superman'". Deadline.com. Dicapai pada 4 Disember 2013.
  3. ^ "Gal Gadot to Play Wonder Woman in 'Batman vs. Superman'". Variety. 4 Disember 2013. Dicapai pada 4 Disember 2013.
  4. ^ הדוגמניות המרוויחות ביותר בישראל Forbes Israel, Jun 2013
  5. ^ a b Romeyn, Kathryn (9 Julai 2015). "Wonder Woman Gal Gadot is the Face of Gucci's New Fragrance". The Hollywood Reporter.
  6. ^ "TIME 100: The Most Influential People of 2018". Time. 19 April 2018. Dicapai pada 22 April 2018.
  7. ^ "Scarlett Johansson is world's best-paid actress, Forbes says". BBC. 16 August 2018. Dicapai pada 5 April 2019.
  8. ^ "Chatting With 'Fast Five' Star Gal Gadot". The Forward. 2 May 2011. Dicapai pada 7 September 2013.
  9. ^ Halutz, Avsalom (6 Disember 2013). "Who is Gal Gadot, Hollywood's next Wonder Woman?". Haaretz. Dicapai pada 4 Januari 2014.
  10. ^ Appearance on Jimmy Kimmel Live, 15 Mac 2016.
  11. ^ a b Gal Gadot Is Wonder Woman: "She Is Not Relying on a Man, and She's Not There Because of a Love Story" By Glamour
  12. ^ Jennifer Cox. "Upclose with Gal Gadot". Urban Male Magazine. Dicapai pada 4 Disember 2013.
  13. ^ Ashley Baylen (12 April 2012). "Top 50 Hottest Jewish Women (10–1) – Page2". Shalom Life. Diarkib daripada yang asal pada 27 Julai 2013. Dicapai pada 2 Mei 2013.
  14. ^ Israel's Gal Gadot and Odeya Rush get noticed as Hollywood's newest leading ladies By Elia Berger, 8 Jun 2014, The Jerusalem Post
  15. ^ "Israeli Fashion Retailer Torn Between Daring Spirit and Need to Please the Masses". Haaretz.com.
  16. ^ הדוגמניות המרוויחות ביותר בישראל Forbes Israel, June 2013
  17. ^ "IGN: New Furious Babe". IGN. Newscorp. 4 Mac 2008. Dicapai pada 16 Mac 2011.
  18. ^ "Gal Gadot: Too fast too furious?". Israelenews.com. Dicapai pada 16 March 2011.
  19. ^ "JUF : Teens : Celebrities : Gal Gadot". JUF. Dicapai pada 4 January 2014.
  20. ^ L.A.Times HeroComplex:Gal Gadot cast as Wonder Woman: Comics world reacts on Twitter
  21. ^ Begley, Chris. "Gal Gadot signed a 3 movie deal as Wonder Woman (video)". Batman News. Dicapai pada 22 January 2014.
  22. ^ Kroll, Justin. "'Wonder Woman' Gal Gadot Signs Three-Picture Deal with Warner Bros". Variety. Dicapai pada 23 January 2014.
  23. ^ Doran, Michael (27 Disember 2013). "Gal Gadot Responds To Being 'Too Skinny' for Wonder Woman". Newsarama. Dicapai pada 24 Februari 2016.
  24. ^ Russell, Scarlett (27 Mac 2016). "Wonder Woman reborn: how she stole limelight from Batman and Superman". The Guardian. Dicapai pada 1 April 2016.
  25. ^ Flemming Jr., Mike (5 Februari 2014). "Open Road Acquires Domestic On 'Triple Nine;' Michael B. Jordan, Aaron Paul, Gal Gadot, Michael Pena Join Killer Cast". Deadline. Dicapai pada 20 April 2014.
  26. ^ Kit, Borys (12 Ogos 2014). "Wonder Woman Actress Gal Gadot Joins Kevin Costner in 'Criminal'". hollywoodreporter.com. Dicapai pada 29 September 2014.
  27. ^ "On the Set for 4/20/15: Michael Bay Starts TMNT Sequel, Gal Gadot Begins Keeping Up With the Joneses, Natalie Dormer Wraps Shooting on Patient Zero". ssninsider.com. 20 April 2015. Dicapai pada 27 April 2015.
  28. ^ "Gal Gadot cast as Wonder Woman: Comics world reacts on Twitter". Los Angeles Times. 5 December 2013.
  29. ^ Begley, Chris. "Gal Gadot signed a 3-movie deal as Wonder Woman (video)". Batman News. Dicapai pada 22 January 2014.
  30. ^ Kroll, Justin. "'Wonder Woman' Gal Gadot Signs Three-Picture Deal with Warner Bros". Variety. Dicapai pada 23 January 2014.
  31. ^ Rottenberg, Josh (28 June 2017). "Motion picture academy opens its doors to 774 new members as push for diversity continues". Los Angeles Times.
  32. ^ "Yaron Varsano & Wonder Woman Wife". Disember 2013. Dicapai pada 15 November 2013.
  33. ^ Shlomit Tsur (13 April 2015). "Roman Abramovich buys Tel Aviv hotel" Globes
  34. ^ Gadot, Gal (4 February 2019). "My sweet fern friend 🙃". Instagram. Dicapai pada 20 September 2019.

Pautan luarSunting