Profesor Emeritus Tan Sri Dr Omar Abdul Rahman merupakan penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara Malaysia. Dr Omar merupakan pakar veterinar Malaysia pertama mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari University of Cambridge, United Kingdom.

Beliau dilahirkan pada 9 November 1932 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan profesor dan dekan pertama yang dilantik oleh Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia atau UPM) bagi Fakulti Perubatan Veterinar dan Sains Haiwan UPM. Beliau antara ahli akademik pengasas bagi pembangunan UPM.

Tokoh Akademik Negara sunting

Beliau ditabal sebagai Tokoh Akademik Negara 2010 pada Majlis Anugerah Akademik Negara (AAN) 2009 dan 2010 pada Isnin 10 Oktober 2011. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut hadir ialah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk AAN 2009 dan 2010, Datuk Ab Rahim Md Noor.[1]

Rujukan sunting