One Day You'll Be Mine

One Day You'll Be Mine ialah novel 2013 oleh penulis novel Malaysia, Inawza Yusof. Novel ini diterbitkan pada tahun 2013 oleh Karya Seni. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama bertajuk Cinta Hati Batu oleh TV3 pada 2017.[1]

One Day You'll Be Mine
Umum
PengarangInawza Yusof
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik, keluarga
Penerbitan
PenerbitKarya Seni
Tarikh penerbitan
Januari 2013
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman963
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670246406

Sinopsis sunting

Secebis kenangan, sebuah kesetiaan untuk sesuatu bernama… cinta. Dia seorang gadis yang hidup bukan hanya memikirkan tentang dirinya sendiri. Atas kesilapan masa lampau, dia mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pesalah dan menghukum dirinya agar tidak berasa bahagia. Baginya, hilangnya kasih sayang daripada seorang lelaki bernama Nik Afezal, bererti hidupnya sudah tidak bermakna!

Bagi Anith Fitriah, keluarganya bersalah kerana merahsiakan hal besar itu daripada pengetahuannya. Dengan alasan, ia dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Tetapi hakikatnya, tindakan mereka telah menyebabkan Anith Fitriah berasa menyesal atas keputusan yang dibuatnya. Kalaulah dia tahu yang selama ini dia melakukan sesuatu yang sia-sia, pasti dia takkan meninggalkan Dzul Ehsan kemudian meneruskan kehidupan yang telah diaturkan oleh kedua-dua belah keluarga mereka.

“Kau pekak ek?” “Aku boleh dengar kau bercakap. So, no, I’m not deaf. Thank you for asking.” “Jadi boleh tolong jelaskan kat aku kenapa kau kuatkan volume TV ni sampai orang kat Afrika sana pun boleh dengar?”

“Okay, but stay away from my stuff and get your own TV.” Dzul Ehsan dan Nik Afezal. Bagi perspektif Anith Fitriah, kedua-dua lelaki itu memiliki perangai yang sangat berbeza. Sejak dulu lagi, lelaki yang paling indah di matanya hanyalah Nik Afezal. Dan lelaki yang paling tidak bertanggungjawab dan suka membuat muka selambanya… ialah Dzul Ehsan. Uh, sangat menyakitkan hati bila bercerita tentang lelaki itu!

“Jangan cari pasal dengan aku awal pagi macam ni, boleh tak?” “Jadi aku patut tunggu tengah hari atau malam sebelum cari pasal dengan kau? Is that what you’re suggesting?” “Pergi mampus.” “Terima kasih, I love you too.”

Arghhh!!! Dia memang sengaja mahu menyakitkan hati aku. Tapi kenapa banyak perkara yang berlaku dalam hidup Anith Fitriah, nama lelaki itu juga yang meniti di bibirnya. Dzul Ehsan juga yang pasti akan hadir melindunginya.

Adakah itu tandanya… Dzul Ehsan yang berjaya menarik perhatiannya sekali gus berjaya memiliki hatinya? Tapi bagaimana nekadnya untuk hidup bersama dengan lelaki yang pernah disayanginya, iaitu Nik Afezal? Oh, sesungguhnya dia harus bijak memilih! Dan pilihannya pada kali ini tentulah pilihan yang terakhir. “Kenapa kau nak kahwin dengan orang yang menyusahkan?” “Mudah… sebab aku sayang kau.”

Keluaran dan legasi sunting

One Day You'll Be Mine dikeluarkan pada 2013 oleh Karya Seni. Pada tahun 2017, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Lestary bermula 28 Disember di TV3, dibintangi oleh Ashraf Muslim, Aishah Azman dan Fadlan Hazim.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ One Day You'll Be Mine by Inawza Yusof Goodreads. Dicapai pada 24 Februari 2019.
  2. ^ Drama Cinta Hati Batu (TV3) My Infotaip (27 Disember 2017). Dicapai pada 24 Februari 2018.