Oradea (sebutan mengikut Romania: /o'ra.děa/, Hungary: Nagyvárad, basahan Várad, Jerman: Großwardein, Turki lama: Varat) merupakan ibu daerah Wilayah Bihor, di Crişana, Romania. Bandar raya ini mempunyai jumlah penduduk 206,614 orang mengikut banci 2002; ini tidak termasuk penduduk di kawasan metropolitan di luar kawasan perbandaran; jika dicampur, jumlahnya adalah di sekitar 240,000 orang. Oradea merupakan salah satu bandar termaju di Romania.

Geografi sunting

Oradea terletak di barat daya Romania berhampiran dengan sempadan Hungary.

Sejarah sunting

Oradea pernah dimusnahkan oleh orang-orang Tartar pada tahun 1241 dan juga pernah dibawah takluk orang-orang Turki pada tahun 1660 hingga 1692. Hungary menyerahkan bandar tersebut kepada Romania dalam tahun 1919 dan sekali lagi selepas Perang Dunia Kedua.

Galeri sunting