Otot merupakan jalinan tisu dalam tubuh sebarang hidupan termasuk manusia atau haiwan yang punya tugas utamanya mengucup dan mengendur. Pengucupan dan pengenduran ini otot digunakan untuk menggerakkan tulang dan seterusnya memindahkan bahagian-bahagian baik di luar mahupun di dalam tubuh badan (yakni organ-organ hidupan tersebut).

Jenis-jenis ototSunting

 
Jenis-jenis otot dari kiri ke kanan : (a). Otot rangka (b). Otot licin (c). Otot jantung

Sel otot merupakan sel dengan banyak nukleus yang terjadi kerana proses lakuran sel mioblas.[1]

Secara umum, terdapat tiga jenis otot: otot rangka, otot licin dan otot jantung.

Otot rangkaSunting

Otot jenis ini sering terikat pada tulang badan melalui tendon. Ia mempunyai ciri yang membolehkan pergerakan yang spontan dan efektif serta memerlukan tenaga besar. Otot ini mudah lelah disebabkan oleh penumpukan asid laktik pada sel-selnya. Pergerakan otot jenis ini terjana daripada isyarat motor berasal dari otak dan bersifat sedar (bukan refleks). Otot ini terdapat pada hampir keseluruhan tubuh bahagian luar manusia dan haiwan.

Otot licinSunting

Otot licin ditemukan dalam organ pencernaan dan pembuluh darah serta bekerja dengan pengaturan dari sistem saraf tidak sedar atau saraf autonomi.[2] Otot jenis ini dibentuk oleh sel-sel dihasilkan dari gelendong dengan kedua hujung meruncing, serta mempunyai satu inti tunggal.

Otot jantungSunting

Otot pada jantung ini bekerja secara terus-menerus tanpa henti. Pergerakannya tidak dipengaruhi saraf tunjang, tetapi lebih kepada pengaruh hormon.

RujukanSunting

  1. ^ (Inggeris) Tom Strachan, Andrew P Read (1999). Human Molecular Genetics. University of Newcastle, University of Manchester (ed. 2). Wiley-Liss. m/s. Figure 2.4. Some cells form by fragmentation or fusion of other cells. ISBN 1-85996-202-5. Dicapai pada 2010-08-12.
  2. ^ "Sistem Saraf Tak Sadar (Saraf Otonom)". Pusat Teknologi Komunikasi dan Informasi (Pustekkom) Depdiknas.

Pautan luarSunting