Tulang (Jawi: تولڠ turunan kata akar Proto-Austronesia *tuqelaŋ[1]) adalah sebahagian organ tegar yang juga rangka dalam manusia dan haiwan vertebrat. Organ ini berfungsi menggerakkan, menyokong dan melindungi pelbagai organ di dalam badan. Tulang juga merupakan tempat penghasilan sel darah putih dan merah serta penyimpanan galian.

Tulang kaki manusia

Jenis sunting

Tulang berspan sunting

Tulang berspan ialah jenis tulang berporos mengisi bahagian dalam tulang rangka. Secara umumnya, tulang berspan adalah kurang tumpat dan memiliki nisbah luas permukaan per isi padu yang lebih tinggi daripada tulang mampat, menjadikannya lebih fleksibel dan lemah. Tulang berspan terdiri daripada unit-unit bernama trabekula.

Tulang mampat sunting

Tulang mampat merangkumi bahagian sekeliling tulang berspan (bahagian luar tulang) dan lebih mampat daripada tulang berspan. Tulang mampat dianggarkan meliputi 80% jisim tulang dalam rangka manusia dewasa.[2] Tulang mampat terdiri daripada jalur-jalur mikro bernama osteon atau sistem Havers. Setiap osteon memiliki satu saluran bernama terusan Havers di tengah-tengah yang mempunyai saluran darah dan saraf, serta berhubung sesama satu sama lain dengan terusan Volkmann.

Rujukan sunting

  1. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*tuqelaŋ: condylar bone, bone of fauna exclusive of fish". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 25 November 2022.
  2. ^ "CK12-Foundation". flexbooks.ck12.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-05-28.

Pautan luar sunting

  •   Media berkenaan Tulang di Wikimedia Commons