PMP Entertainment

Syarikat pengedaran media Malaysia

PMP Entertainment (M) Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pengedaran media dan hiburan melalui format VCD dan DVD Malaysia. Nama syarikat ini ialah singkatan bagi Professional Management and Promotion.

PMP Entertainment (M) Sdn. Bhd.
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriHiburan
Ditubuhkan1996; 28 tahun yang lalu (1996)
PengasasLim Kim Sow
Ibu pejabatCheras, Kuala Lumpur, Malaysia
Kawasan perkhidmatanMalaysia
KeluaranAudio, video
PerkhidmatanPengedaran
Syarikat indukPMP Company
Tapak webwww.pmp-entertainment.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada tahun 1996, Lim Kim Sow, seorang yang berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang industri audio dan video, menubuhkan syarikat pengedaran audio yang mendapat sambutan ramai; diberi nama PMP Entertaiment, walaupun berdepan krisis cetakan rompak pada masa itu. PMP telah mendapatkan perlesenan hakcipta untuk mengedar dari negara serantau lebih-lebih lagi Taiwan dan Korea. Pada tahun 2002, disebabkan PMP telah mendapatkan hampir kesemua drama Korea yang terkenal, telenovela seperti "Winter Sonata" dan "Glass Shoes" mendapat jualan terbanyak pada masa itu. Kini, PMP masih berusaha untuk mendapatkan perlesenan antarabangsa bagi memudahkan pengedaran dari pelusuk dunia.[1]

PMP telah mengedar ke 500 tempat jualan seperti Speedy Video, Music Valley, Artist Records, Tower Records, Victoria Stations, Hong Kong Video Centre, CD Rama (dalam Popular), Pasaraya Carrefour dan Watson's.[1]

Pada tahun 2005, PMP telah bergabung dengan untuk mengembalikan semula kegemilangan lagu kanak-kanak yang mencetuskan pengeluaran album Tok Tam yang sudah pun berada di pasaran pada 24 Januari 2005. Pengeluaran album ini hanya untuk mengembalikan semula ingatan terhadap lagu kanak-kanak Melayu lama ini agar ia tidak pupus ditelan zaman.[2]

Filem edaran PMP Entertainment sunting

Album edaran PMP Entertainment sunting

Catatan: Album yang diedarkan oleh PMP ialah album keluaran semula.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Company Profile". Dicapai pada 10 April 2017.
  2. ^ Tengku Bidin, Tengku Khalidah (30 Januari 2005). "Lagu kanak-kanak bentuk sahsiah". Utusan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-10. Dicapai pada 10 April 2017.

Pautan luar sunting