Buka menu utama

Winter Sonata (Hangul: 겨울연가; RR: Gyeoul Yeonga; juga dikenali sebagai Winter Love Story, Winter Love Song atau Winter Ballad) ialah sebuah drama Korea Selatan yang disiarkan menerusi saluran KBS2 pada tahun 2002. Dibintangi oleh Bae Yong-joon dan Choi Ji-woo, drama ini merupakan bahagian kedua dalam siri Endless Love arahan Yoon Seok-ho. Ia dianggap sebagai drama yang melancarkan Gelombang Korea ke seluruh Asia dan dunia. Drama ini telah diadaptasi kepada siri anime dan pementasan muzikal. Drama bersiri ini merupakan drama korea yang pertama ditayangkan di Malaysia.

Winter Sonata
Sonata.jpg
GenreDrama
Cinta
Ditulis olehKim Eun-hee
Yoon Eun-kyung
Oh Soo-yeon
PengarahYoon Seok-ho
Dibintangi oleh
Bae Yong-joon
Choi Ji-woo
Lagu pembukaan"From the Beginning Until Now" oleh Ryu
Lagu penutup"From the Beginning Until Now" oleh Ryu
Negara asalKorea Selatan Korea Selatan
BahasaKorea
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifKim Jong-sik
Kim Hee-yeol
PenerbitLee Hyung-min
LokasiSeoul, Namiseom
Tempoh siaran60 minit
Syarikat penerbitan
Pan Entertainment
Penyiaran
Saluran asalKBS
Format gambarSDTV (480i 4:3)
PAL (576i 4:3)
DVB-T (UHF)
Format audioDolby Digital 5.1
Datasat Digital 5.1
Sony Digital 5.1
Siaran asal14 Januari 2002 (2002-01-14) – 19 Mac 2002 (2002-03-19)
Rancangan berkaitan
Autumn in My Heart
Summer Scent
Spring Waltz
Pautan luar
Laman sesawang

Isi kandungan

SinopsisSunting

Cerita dimulakan ketika Joon-Sang, anak seorang pemuzik terkenal berpindah ke chuncheen kota kecil di Korea Selatan. Sebagai seorang murid berbakat,Joon-Sang yang pendiam disukai teman-teman dan gurunya. Joon-Sang percaya tiada seorang pun yang benar-benar mencintainya kerana ia percaya ayahya sudah meninggal setelah bertengkar dengan ibunya.

Pada suatu hari, Joon-Sang bertemu rakan sekelasnya bernama YU-Jin dan mereka saling jatuh cinta. Namun hubungan mereka tidak berpanjangan. Joon-Sang menjadi mangsa langgar lalu lintas sehingga menyebabkannya menderita amnesia akibat kerosakan pada bahagian otak.

Ibu Joon-Sang ingin mengembalikan rasa hormat sang anak terhadap ibunya. ia menyuruh seorang psikologi untuk mencuci otak Joon-Sang. Semua ingatan Joon-Sang ketika dibesarkan sebagai anak tidak sah menjadi terlupakan. Bersama ibunya, Joon-Sang kemudian berpindah ke Amerika Syarikat, disana Joon-Sang memakai nama baru sebagai Li Min-Hyung. Sementara itu kepada semua teman-teman dan guru-gurunya di beritahu bahawa Joon-Sang telah meninggal Dunia.

Sepuluh tahun berlalu Joon-Sang telah menjadi seorang arsitek pemenang penghargaan di Amerika Syarikat. Ia sudah tidak ingat lagi semua kehidupannya di korea. Joon-Sang telah menjadi orang yang berbeza. Seorang berhati terbuka yang peduli terhadap orang lain termasuk terhadap ibunya. Ia kembali ke korea dan Yu-Jin kebetulan melihatnya di sebuah jalan. Yu-Jin sudah pun menjadi seorang desainer interior. Ia teringat masa-masa indah bersama Joo-Sang sehingga sanggup membatalkan pertunangannya dengan Song-Hyuk sahabatnya sejak kecil. Yu-Jin tidak tahu Joon-Sang sudah bercinta dengan teman saingannya iaitu Chelin. Yu-Jin mula bekerja di kantor arsitek tempat Joon-Sang jugs bekerja dan ingin tahu apakah Joon-Sang masih mengingatinya.

PelakonSunting

  • Bae Yong-joon sebagai Kang Joon-sang / Lee Min-hyeong
  • Choi Ji-woo sebagai Jeong Yoo-jin
  • Park Yong-ha sebagai Kim Sang-hyeok
  • Park Sol-mi sebagai Oh Chae-rin
  • Lee Hye-eun sebagai Kong Jin-sook
  • Ryu Seung-soo sebagai Kwon Yong-gook
  • Kwon Hae-hyo sebagai Kim seonbae
  • Song Ok-sook sebagai Kang Mi-hee, ibu Joon-sang
  • Jung Dong-hwan sebagai Kim Jin-woo, bapa Sang-hyeok
  • Kim Hae-sook sebagai Lee Yeong-hee, ibu Yoo-jin
  • Ha Ji-hye sebagai Jeong Hee-jin, adik perempuan Yoo-jin
  • Jung Won-joong sebagai Park Jong-ho, "Gargamel"
  • Jang Hang-sun sebagai Penyelia Min
  • Lee Hyo-chun sebagai Park Ji-young, ibu Sang-hyeok
  • Park Hyun-sook sebagai Lee Jeong-ah, rakan sekerja Yoo-jin di Polaris
  • Son Jong-bum sebagai rakan sekerja Yoo-jin di Polaris
  • Yoo Yul sebagai penyiar radio
  • Maeng Ho-rim sebagai Dr. Ahn
  • Ha Jae-young sebagai Jeong Hyeon-soo, bapa Yoo-jin

RatingSunting

Date Episode Nationwide
2002-01-14 1 16.3%
2002-01-15 2 16.6%
2002-01-21 3 19.2%
2002-01-22 4 21.5%
2002-01-28 5 21.2%
2002-01-29 6 24.1%
2002-02-04 7 27.2%
2002-02-05 8 26.3%
2002-02-11 9 17.8%
2002-02-12 10 16.7%
2002-02-18 11 26.4%
2002-02-19 12 27.0%
2002-02-25 13 27.6%
2002-02-26 14 28.8%
2002-03-04 15 26.4%
2002-03-05 16 26.4%
2002-03-11 17 23.3%
2002-03-12 18 22.4%
2002-03-18 19 23.7%
2002-03-19 20 24.5%
Average 23.1%

Runut bunyiSunting

No. TajukArtis Masa
1. "From the Beginning Until Now"  Ryu  
2. "My Memory"  Ryu  
3. "Only You"  Ryu  
5. "From the Beginning Until Now (versi Piano)"  Ryu  
6. "My Memory (versi Piano dan Violin)"  Ryu  
7. "The Love I Cannot Send"  Seon  

Pautan LuarSunting