Ahmad Fadzil Musa atau lebih dikenali sebagai Pa'din Musa. Beliau merupakan seorang pemain papan selaju professional Malaysia.

Pa'din Musa
Maklumat peribadi
Nama lahirAhmad Fadzil Musa
Nama penuhAhmad Fadzil Musa
Nama samaranPa'din Musa
KewarganegaraanMalaysia
Lahir1976 (umur 47–48)
Pulau Pinang
PengajianDiploma Kujuruteraan Mekanikal,Politeknik Port Dickson
Sukan
SukanPapan Selaju
Rekod pingat
X Games Aisa
Mewakili  Malaysia
Pingat emas – tempat pertama 2000 Phuket {{{3}}}
Pingat emas – tempat pertama 2004 Los Angeles {{{3}}}

Beliau pernah mengharumkan nama negara dengan menjuarai Asian X Games sebanyak 2 kali pada tahun 2000 di Phuket dan tahun 2004 di Kuala Lumpur.[1]

Kehidupan awal sunting

Pa'din dilahirkan pada di Bagat, Pulau Pinang. Ayah beliau merupakan seorang tukang kayu dan juga seorang membaiki mesin jahit manakala ibunya pula bekerja sendiri.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Telok Ayer Tawar di Kepala Batas sebeleum meneruskan pendidikan beliau di Sekolah Vokasional Butterworth dan seterusnya ke Politeknik Port Dickson dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal.

Kali pertama beliau ternampak papan selaju ialah ketika seorang pemilik gerai di tapak Pesta Pulau Pinang sedang bermain dengan papan selaju selepas beliau menutup gerai. Ketika itu, Pa'din hanya baru sahaja berusia 12 tahun yang sedang berkerja sambilan di tapak pesta tersebut.[2]

Kerjaya sunting

Papan selaju sunting

Papan selaju yang pertama dibeli oleh beliau ketika beliau berusia 14 tahun dengan harga RM59.90 sahaja, itupun selepas beliau melihat abang beliau giat bermain sukan itu.

Kali pertama beliau memenangi pertandingan papan selaju ialah di Alor Star ketika Pa'din berusia 18 tahun.

Pa'din memenangi pingat emas dalam kategori X-Games Asia di Phuket dalam tahun 2000 dan kemudiannya di kuala Lumpur dalam tahun 2004.

Tahun 2004 juga melihat Pa'din sebagai peserta tunggal negara di dalam acara X-Games Summer di Los Angeles, US dalam tahun 2004.

Mekanik sunting

Mekanik kegemaran saya adalah pendek

Vans sunting

Dapatkan vans terkini edisi PM

Rujukan sunting

  1. ^ danial (2022-03-15). "[VIDEO] Padin Musa, Lagenda Sukan Papan Selaju Mencari Pelapis!". OHBULAN! (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-27.
  2. ^ "Pa'din Musa Vans - Abah kayuh basikal 2 hari untuk hantar mesin jahit". Careta (dalam bahasa Inggeris). 2017-12-13. Dicapai pada 2024-02-27.