Pahlawan Tegar Merdeka

Pahlawan Tegar Merdeka merupakan sebuah karya dari Ramlah Adam yang dikeluarkan pada tahun 2014 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini merupakan biografi ketenteraan mengenai perjuangan Angkatan Tentera Malaysia dalam menghadapi ancaman komunis.

Pahlawan Tegar Merdeka
PengarangRamlah Adam
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
GenreBiografi
PenerbitDewan Bahasa dan Pustaka
Tarikh penerbitan
2014
Jenis media638 ms
ISBNISBN 9789834616083

SinopsisSunting

Karya ini mengimbau kembali saat getir negara berhadapan dengan ancaman komunis dan mengetengahkan peranan Pasukan Keselamatan Negara dalam menghadapi pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) dari tahun 1968 hingga tahun 1989. Sebagai mewakili keseluruhan anggota keselamatan yang terlibat dalam operasi menentang PKM, pengalaman tokoh-tokoh dalam karya ini amat memberikan makna kepada pembaca. Pengalaman yang diceritakan akan memberikan kesedaran kepada pembaca tentang erti sebuah perjuangan. Walaupun mereka dianggap sebagai wira kecil, namun semangat perjuangan mereka tidak pernah padam malahan sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi tanah air tercinta. Selain itu, karya ini dapat menambahkan khazanah persuratan tentang sejarah ketenteraan dan dapat dijadikan rujukan oleh pelajar dan masyarakat umum.

Pautan luarSunting