Pakar kehidupan kanak-kanak

Pakar kehidupan kanak-kanak (bahasa Inggeris: Child life specialist) ialah profesional penjagaan kesihatan pediatrik yang berkhidmat untuk kanak-kanak dan keluarga di hospital yang membantu mereka menghadapi cabaran dalam bidang hospitalisasi, penyakit dan hilang upaya. Mereka memberi perkhidmatan dengan persediaan yang sesuai dan telah ditetapkan berdasarkan umur kanak-kanak untuk prosedur perubatan, pengurusan kesakitan dan strategi daya tindak (atau strategi koping), aktiviti bermain dan ekspresi diri. Mereka juga berfungsi sebagai pemberi maklumat, sokongan dan bimbingan kepada ibu bapa, adik-beradik, dan ahli keluarga yang lain.[1]

Pakar kehidupan kanak-kanak Amerika Syarikat.

Latar belakang sunting

Pakar kehidupan kanak-kanak di Amerika Utara merupakan seorang profesional yang secara tradisinya bekerja di persekitaran hospital. Mereka memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perkembangan psikososial kanak-kanak, dan menggalakkan strategi daya tindak yang berkesan untuk kanak-kanak dan keluarga mereka yang sedang dalam tekanan.[2] Pakar kehidupan kanak-kanak mampu mengiktiraf keperibadian pesakit, dan menggunakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan perkembangannya, termasuk bermain, persediaan untuk prosedur perubatan, pendidikan, ekspresi diri dan sokongan keluarga untuk membantu mereka menghadapi cabaran memasuki ke hospital, penyakit, atau ajal. Pakar kehidupan kanak-kanak telah dilatih untuk mengambil kira perkembangan kognitif, emosi dan fizikal setiap kanak-kanak untuk menggalakkan perkembangan optimum kanak-kanak yang menghadapi pengalaman mencabar, terutamanya yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan dan kemasukan ke hospital.[3][4]

Sejarah sunting

Bidang kajian mengenai kehidupan kanak-kanak mula berkembang di Amerika Syarikat dan Kanada pada awal tahun 1960-an melalui kerja perintis, Emma Plank yang telah berlatih bersama-sama dengan Maria Montessori telah menggunakan prinsip perkembangan kanak-kanak untuk promosi penjagaan yang sesuai untuk penduduk istimewa ini di hospital. Sebelum ini, ibu bapa sering dikecualikan daripada wad kanak-kanak hospital kecuali pada waktu lawatan yang singkat, kadangkala hanya pada hujung minggu sahaja. Hari ini, hospital mengiktiraf keperluan emosi dan pendidikan khas kanak-kanak dengan menyediakan persekitaran yang mesra dan selamat kanak-kanak, serta program yang memudahkan peranan utama keluarga, dan sokongan yang menggalakkan penyesuaian ke hospital dan penjagaan kesihatan sepanjang usia kanak-kanak yang semakin meningkat.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Promoting Quality Child Life Services for Children and Families", from www.childlife.org, retrieved June 5, 2018
  2. ^ Swanson, B.M. (2005) Careers in Health Care. McGraw-Hill Professional Publishing. p 45.
  3. ^ "Child life specialist: Career Outlook". U.S. Bureau of Labor Statistics. April 2018.
  4. ^ a b "Child Life Specialist Career Overview". Mayo School of Health Sciences. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 May 2008. Dicapai pada 28 April 2008.

Pautan luar sunting