Palang Merah Amerika

Persatuan Palang Merah Amerika merupakan sebuah organisasi kemanusiaan yang menyediakan bantuan kecemasan , bantuan semasa bencana alam dan pendidikan di Amerika Syarikat . Persatuan Palang Merah Amerika ini merupakan anggota Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah .

Palang Merah Amerika membahagikan tugas kepada lima kawasan iaitu kepada mereka yang memerlukan, sokongan dan membantu tentera dan keluarga tentera yang memerlukan bantuan dan sokongan. Ini termasuklah aktiviti mengutip bantuan wang dan pelbagai barangan lain, derma darah , program pendidikan , promosi kesihatan dan keselamatan , program pembangunan dan pemindahan antarabangsa.

Kini terdapat 800 pertubuhan tempatan dan organisasi persatuan ini di seluruh Amerika Syarikat. Terdapat lebih sejuta ahli sukarela yang sedia ditugaskan untuk bantuan bencana alam. 30,000 bersedia untuk digerakkan ke mana-mana sahaja. Palang Merah Amerika juga merupakan penyumbang terbesar darah dan pembekal darah kepada 3000 hospital di pelbagai negara.

Ibu pejabat Palang Merah Amerika terletak di Washington, D.C. Pada April 2007 , Mark W. Everson menjadi ketua eksekutif. Peranan Palang Merah ini amat jelas sekali semasa Taufan Katrina pada 2005.

Pengasas sunting

Palang Merah Amerika ditubuhkan pada 21 Mei 1881 oleh Clara Barton di Dansville, New York, Amerika Syarikat. Beliau menjadi pengerusi pertama pertubuhan ini. Barton pertama kali mengadakan mesyuarat pada 21 Mei di rumah Senator Omar D. Conger. Seramai 15 orang telah hadir termasuk Barton, Conger dan William Lawrence.

Jane Delano (1862-1919) menjadi pengasas Perkhidmatan Jururawat Palang Merah Amerika.

Derma darah sunting

Palang Merah Amerika membekalkan 44 % darah kepada Amerika Syarikat. 50 % darah yang diderma dikutip melalui hospital-hospital.

Perkhidmatan tisu sunting

Lebih 12 tahun, Palang Merah Amerika menyediakan perkhidmatan allograft untuk transplant. Pertubuhan ini menerima derma tisu dan membantu sejuta perkhidmatan transplant.

Kontroversi derma Peristiwa 911 sunting

Selepas Peristiwa 911, .Dr. Bernadine Healy, presiden Palang Merah Amerika merayu pelbagai pihak memberi bantuan kewangan dan pelbagai barangan serta bantuan klinikal kepada mangsa kemalangan dalam kempen 'Liberty Fund'. Malangnya 30 % dari %547 juta sahaja derma yang diterima telah dibelanjakan. Ramai yang membantah tindakan Healy yang menyalahgunakan dana tersebut. Mereka mendesak Healy meletak jawatan. Healy menerima bayaran $1,569,630 .

Peguam Negara Eliot Spitzer yang menyiasat Palang Merah Amerika berhubung dana tersebut. Seterusnya Senator George Mitchell ditugaskan untuk mengendalikan pengeluaran tabung derma 911 itu.

Dari $961 juta derma yang diterima , 71 % digunakan untuk membantu mangsa kemalangan 911. 15 % digunakan untuk bantuan masalah mentah . 10 % digunakan untuk bantuan bencana alam seperti khemah, makanan dan alatan kesihatan. 4 % digunakan untuk pentadbiran. Sejak itu, sistem kutipan derma diperbaiki bagai mengatasi masalah-masalah yang berlaku sebelum ini.

Taufan 2005 sunting

Palang Merah Amerika telah membantu dengan jayanya mangsa-mangsa kemalangan taufan Katrina, taufan Wilma dan taufa Rita pada tahun 2005. Palang Merah telah membuka 1470 pusat pemindahan dan mendaftar 3.8 juta mangsa . Lebih 244,000 sukarelawan Palang Merah bertugas menyediakan khemah, kerja kebajikan, komunikasi dalam tiga taufan tersebut. Perkhidmatan Bencana Alam pula telah menghubungi 596,810 orang yang hilang atau sesat di mana-mana. Sejak itu, mereka melancarkan kempen 'Safe and Well' dan menyatakan matlamat mereka telah berjaya dalam membantu mangsa banjir semasa taufan Katrina.

Lihat juga sunting