Pandemik COVID-19 di Monaco

Pandemik COVID-19 telah disahkan merebak ke Monaco pada 29 Februari 2020. Dengan populasi berjumlah 38,300 orang (setakat 31 Disember 2018), pada 29 Mac kadar jangkitan semasa adalah 1 kes bagi setiap 890 penduduk.

Pandemik COVID-19 di Monaco
Peta wilayah dengan kes COVID-19 disahkan (merah) atau disyaki (biru) (setakat 4 Mac)
PenyakitCOVID-19
Baka virusSARS-CoV-2
LokasiMonaco
Asal wabakWuhan, Hubei, China
Tarikh ketibaan29 Februari 2020
(4 tahun, 1 bulan, 2 minggu dan 6 hari)
Kes yang disahkan98
Sembuh90
Kematian
4

Latar belakang sunting

Pada 12 Januari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa koronavirus baru adalah penyebab kepada penyakit pernafasan pada sekumpulan orang di bandar Wuhan, Wilayah Hubei, China, yang dilaporkan kepada WHO pada 31 Disember 2019.[1][2]

Nisbah kematian kes untuk COVID-19 jauh lebih rendah daripada SARS tahun 2003,[3][4] tetapi penularannya jauh lebih tinggi, dengan jumlah kematian yang ketara.[5][3]

Garis masa sunting

Februari sunting

Pada 29 Februari, Monaco mengumumkan kes pertama, seorang lelaki yang dimasukkan ke Pusat Hospital Princess Grace yang kemudian dipindahkan ke Hospital Universiti Nice di Perancis.[6][7]

Mac sunting

Pada 14 Mac, Kerajaan mengarahkan penutupan taska, gim, taman, monumen dan sekolah. Konsert Saint Patrick juga ditangguhkan.[8]

Pada 16 Mac, Ketua Pemerintah Monaco, Serge Telle menjadi ketua kerajaan pertama yang disahkan positif untuk COVID-19.[9]

Pada 17 Mac, untuk pertama kalinya dalam pemerintahannya, Albert II memberi ucapan negara dalam laporan yang serius mengenai pengukuhan langkah kuarantin.[10] Dua hari kemudian Albert menjadi ketua negara pertama diuji positif bagi COVID-19.[11][12] Beliau kemudian menafikan dakwaan bahawa beliau telah menyebarkan penyakit itu ke Putera Charles, Putera Wales pada suatu acara yang kedua-duanya menghadiri di London pada 10 Mac.[13]

Grand Prix Monaco dibatalkan pada 19 Mac selepas penganjur tidak dapat menyusun tarikh bagi perlumbaan melepasi 24 Mei yang dijadualkan, menandakan kali pertama acara itu tidak dijalankan dalam tempoh 66.[14]

Pada 25 Mac, Pemerintah mengumumkan bahawa jumlah orang yang dijangkiti koronavirus telah mencapai 31 orang.[15]

Rujukan sunting

  1. ^ Elsevier. "Novel Coronavirus Information Center". Elsevier Connect (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Januari 2020. Dicapai pada 15 Mac 2020.
  2. ^ Reynolds, Matt (4 Mac 2020). "What is coronavirus and how close is it to becoming a pandemic?". Wired UK (dalam bahasa Inggeris). ISSN 1357-0978. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2020. Dicapai pada 5 Mac 2020.
  3. ^ a b "Crunching the numbers for coronavirus". Imperial News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2020. Dicapai pada 15 Mac 2020.
  4. ^ "High consequence infectious diseases (HCID); Guidance and information about high consequence infectious diseases and their management in England". GOV.UK (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2020. Dicapai pada 17 Mac 2020.
  5. ^ "World Federation Of Societies of Anaesthesiologists – Coronavirus". www.wfsahq.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mac 2020. Dicapai pada 15 Mac 2020.
  6. ^ Gouvernement Monaco [@GvtMonaco] (28 Februari 2020). "[#Coronavirus] Les autorités sanitaires de la Principauté ont été informées qu'une personne prise en charge dans la matinée et conduite au Centre Hospitalier Princesse Grace était positive au COVID 19.Son état de santé n'inspire pas d'inquiétude" (Twit) (dalam bahasa Perancis) – melalui Twitter.
  7. ^ Bulant, Jeanne (29 Februari 2020). "Coronavirus: un premier cas de contamination détecté à Monaco et transféré au CHU de Nice". BFMTV (dalam bahasa Perancis). Agence France-Presse. Dicapai pada 29 Februari 2020.
  8. ^ "Closure of Crèches and Schools in Monaco and Increasing Prudent Restrictions Due To Coronavirus". Hello Monaco (dalam bahasa Inggeris). 14 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  9. ^ Tawfeeq, Mohammed; Mendonça, Duarte (16 Mac 2020). "Monaco's state minister tests positive for coronavirus". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Mac 2020.
  10. ^ Cohen, Arnault (17 Mac 2020). "Face à "l'une des pires crises sanitaires", le prince Albert II annonce le renforcement des mesures de confinement en Principauté". Monaco Matin (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 17 Mac 2020.
  11. ^ "Monaco's Prince Albert II tests positive for coronavirus". NBC News (dalam bahasa Inggeris). NBCUniversal. Associated Press. 19 Mac 2020. Dicapai pada 19 Mac 2020.
  12. ^ "Putera Albert II disahkan positif COVID-19". Berita Harian Online. Berita Harian. Reuters. 20 Mac 2020. Dicapai pada 13 April 2020.
  13. ^ Moniuszko, Sara (27 Mac 2020). "Prince Albert of Monaco denies passing the coronavirus to Prince Charles". USA Today. Dicapai pada 27 Mac 2020.
  14. ^ Baldwin, Alan (19 Mac 2020). "Monaco GP cancelled as coronavirus hits more F1 races" (dalam bahasa Inggeris). Reuters. Dicapai pada 19 Mac 2020.
  15. ^ "CORONAVIRUS: four new positive cases identified in Monaco" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Inggeris). Gouvernement Monaco. 25 Mac 2020. Dicapai pada 27 Mac 2020.

Pautan luar sunting