Pandemik selesema babi 2009 di Ukraine

(Dilencongkan dari Pandemik flu 2009 di Ukraine)

Pandemik selesema babi 2009 di Ukraine meupakan pandemik daripada strain baru iaitu virus influenza A subjenis H1N1, pertama kali dikenalpasti pada April 2009, yang digelar Pandemik virus H1N1/09 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.[1] Wabak pertama kali ini terdapat di Mexico[2][3] dan merebak pantas ke seluruh dunia. Pada 11 Jun 2009, WHO mengisytiharkan wabak itu sebagai pandemik.[4][5] Sebilangan besar pesakit mengalami gejala ringan, tetapi beberapa orang berisiko lebih tinggi mengalami kesan yang lebih serius; seperti mereka yang menghidap asma, kencing manis[6][7], obesiti, penyakit jantung atau mereka yang hamil atau mempunyai sistem imun yang lemah.[8]

Sebuah ambulan Kyiv

Dalam kes-kes parah yang jarang terjadi, sekitar 3-5 hari setelah gejala muncul, keadaan penderita menurun dengan cepat, sering kali kegagalan pernafasan.[9] Walaupun Ukraine tidak terjejas pada awalnya, terdapat pandemik virus di Ukraine Barat pada awal November 2009 yang menyebabkan penutupan bangunan awam dan mesyuarat selama tiga minggu.[10] Sehingga Disember 2009 lebih daripada dua juta orang jatuh sakit sejak pandemik selesema babi di Ukraine bermula[11] dan kira-kira 500 orang di antaranya meninggal kerana penyakit selesema dan radang paru-paru daripada 46 juta orang yang tinggal di Ukraine.[12] Ukraine adalah salah satu negara yang paling terjejas (ke-8) oleh negara yang terkena selesema babi di Eropah.[13]

Kes pertama sunting

Virus tersebut tiba ke Ukraine pada 5 Jun 2009 apabila kes pertama virus itu disahkan secara rasmi di Ukraine. Pesakit berkenaan, seorang warganegara Ukraine berusia 24 tahun itu, telah tiba dari New York City via Paris di Kyiv Lapangan Terbang Boryspil pada 29 Mei 2009.[14] Sebelum itu, mengimportkan daging babi dan babi hidup dari semua negara yang terlibat telah diharamkan. Larangan itu berlaku untuk semua penghantaran selepas 21 April 2009.[15]

Kes selesema babi kedua (di Ukraine) disahkan pada 29 September 2009.[16]

Rujukan sunting

  1. ^ https://www.who.int/mediacentre/Pandemic_h1n1_presstranscript_2009_07_07.pdf
  2. ^ Mcneil, Donald G. (April 27, 2009). "Flu Outbreak Raises a Set of Questions". The New York Times. Dicapai pada 2009-10-24.
  3. ^ Maria Zampaglione (April 29, 2009). "Press Release: A/H1N1 influenza like human illness in Mexico and the USA: OIE statement". World Organisation for Animal Health. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2009. Dicapai pada April 29, 2009.
  4. ^ Chan, Dr. Margaret (2009-06-11). "World now at the start of 2009 influenza pandemic". World Health Organization. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 October 2009. Dicapai pada 2009-10-25.
  5. ^ "UK National Institute for Medical Research WHO World Influenza Centre: Emergence and spread of a new influenza A (H1N1) virus, 12 June 09". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-11. Dicapai pada 2009-09-02.
  6. ^ "Diabetes and the Flu". U.S. Department of Health & Human Services. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 October 2009. Dicapai pada 2009-10-25.
  7. ^ National Center for Chronic Disease Prevention and Health Promotion, Division of Diabetes Translation (14 Oktober 2009). "CDC's Diabetes Program - News & Information - H1N1 Flu". CDC.gov. CDC. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Oktober 2009. Dicapai pada 25 Oktober 2009.
  8. ^ Hartocollis, Anemona (2009-05-27). "'Underlying conditions' may add to flu worries". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada August 7, 2009. Dicapai pada 2009-09-26.
  9. ^ "Clinical features of severe cases of pandemic influenza". Geneva, Switzerland: World Health Organization. 2009-10-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 October 2009. Dicapai pada 2009-10-25.
  10. ^ "Quarantine ordered". KyivPost. 2009-10-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2009. Dicapai pada 2009-10-31.
  11. ^ Sick list tops two million in Ukraine, Kyiv Post (December 7, 2009)
  12. ^ "Ukrainian population down to 46 million in September". Kyiv Post. 2009. Dicapai pada 2009-11-13.
  13. ^ WHO: A/H1N1 infection rate in Ukraine not the highest in Europe, Kyiv Post (November 19, 2009)
  14. ^ First case of A (H1N1) virus officially confirmed in Ukraine, says Health Ministry, Interfax-Ukraine (June 5, 2009)
  15. ^ The world response to flu crisis, BBC News, 2009-04-28. Retrieved on 2009-04-30.
  16. ^ Second А (H1N1) swine flu case confirmed in Ukraine Kyiv Post (September 29, 2009)