Buka menu utama

Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim

Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca atau lebih dikenali sebagai Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) ditubuhkan oleh dua badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)— Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) dan Program Alam Sekitar PBB (UNEP) — pada 1988 untuk "mengkaji ancaman perubahan cuaca yang berpunca daripada perbuatan manusia" (risk of human-induced climate change). Keahlian panel terbuka kepada semua anggota WMO dan UNEP.

Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim
Emblem of the United Nations.svg
Intergovernmental Panel on Climate Change Logo.svg
KependekanIPCC
Pembentukan1988; 31 tahun yang lalu (1988)
JenisPanel
Status perundanganAktif
Ibu pejabatGeneva, Switzerland
Ketua
Chair of the Intergovernmental Panel on Climate Change
Hoesung Lee
Organisasi indukPertubuhan Meteorologi Sedunia
Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Laman sesawangwww.ipcc.ch
Portal United Nations
Portal Global warming

Laporan IPCC adalah satu laporan yang paling banyak dirujuk di dalam mana-mana perbincangan mengenai perubahan cuaca.[1][2] Panel PBB ini dipandang sebagai satu badan yang paling arif tentang fenomena perubahan cuaca.

Sebahagian kecil saintis yang terlibat di dalam IPCC menuduh badan tersebut sebagai berat sebelah.

TujuanSunting

Prinsip-prinsip utama IPCC diberi oleh majlis ekskutif WMO yang ber kaitan serta majlis pentadbir UNEP dengan tujuan membantu proses Framework Convention on Climate Change PBB.[3]

Tujuan-tujuan tertulis IPCC adalah untuk mengkaji maklumat saintifik yang berkaitan dengan:

  1. ancaman perubahan cuaca yang berpunca daripada perbuatan manusia
  2. kesan perubahan cuaca yang berpunca daripada perbuatan manusia
  3. pilihan untuk adaptasi dan penyuaian kehidupan manusia
IPCC berperanan untuk mengkaji asas saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi secara menyeluruh, objektif, terbuka dan tulus dengan tujuan untuk memahami ancaman perubahan cuaca yang berpunca daripada perbuatan manusia, kesan-kesan yang berkemungkinan dan pilihan untuk mengurangkan kerosakan serta penyuaian. Laporan-laporan IPCC mestilah tidak berat sebelah dari sudut polisi walaupun laporan -laporan tersebut mesti berdepan dengan faktor-faktor saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang boleh digunapakai oleh sesetengah polisi.[nota 1]

Pengulasan merupakan bahagian utama dalam proses IPCC - memeandangkan ia merupakan badan antara pemerintah, penilain terhadap dokumen-dokumennya [erlu melibatkan ulasan oleh pakar bidang serta pemerintah yang menganggotai badan ini.

NotaSunting

  1. ^ Teks asal: The role of the IPCC is to assess on a comprehensive, objective, open and transparent basis the scientific, technical and socio-economic information relevant to understanding the scientific basis of risk of human-induced climate change, its potential impacts and options for adaptation and mitigation. IPCC reports should be neutral with respect to policy, although they may need to deal objectively with scientific, technical and socio-economic factors relevant to the application of particular policies.[4]

RujukanSunting

  1. ^ The Royal Society. [1]. Retrieved December 19 2006.
  2. ^ The Royal Society. [2]. Retrieved December 19 2006.
  3. ^ IPCC. Principles Governing IPCC Work. Retrieved December 19 2006.
  4. ^ "Principles Governing IPCC Work" (PDF). IPCC. Dicapai 19 Disember 2006.  Teks "archive-urlhttp://web.archive.org/web/20000823171912/http://www.ipcc.ch/about/princ.pdf" diabaikan (bantuan)

Pautan luarSunting