Patin siam

spesies ikan
(Dilencongkan daripada Pangasius hypophthalmus)

Patin siam atau patin hitam (Pangasianodon hypophthalmus)[4] ialah spesies patin (keluarga Pangasiidae) yang berasal dari sungai-sungai Asia Tenggara. Ia dikenali sebagai iridescent shark catfish dalam bahasa Inggeris. Ia dijumpai di lembangan Mekong beserta Chao Phraya, dan diusahakan dengan banyaknya untuk makanan di sana.

Patin siam
CITES Appendix I (CITES)[2]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Siluriformes
Keluarga: Pangasiidae
Genus: Pangasianodon
Spesies:
P. hypophthalmus
Nama binomial
Pangasianodon hypophthalmus
(Sauvage, 1878)
Sinonim

Helicophagus hypophthalmus Sauvage, 1878
Pangasius sutchi Fowler, 1937[3]
Pangasius hypophthalmus (Sauvage, 1878)

Dagingnya kerap dipasarkan bawah nama umum swai (daripada Thai สวาย). Ia turut diperkenalkan ke lembangan sungai lain sebagai sumber makanan, dan tampilan dan pendarrona menonjol membuatkannya terkenal di kalangan penghobi pemeliharaan ikan.[5] Diet maserba swai terdiri daripada krustasea, ikan lain, dan bahan tumbuhan.[6]

Penerangan

sunting

Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan, dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20 kg. Diet utama spesies ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan dari pokok di tepi sungai, udang dan bangkai binatang.

Patin liar mempunyai nilai komersial yang tinggi dan ada yang diternak di kolam dan sangkar. Patin yang diternak di Malaysia biasanya dikenali sebagai "patin kolam" atau "patin sangkar" dan spesies patin yang paling banyak diternak di Malaysia adalah daripada spesies Pangasianodon hypophthalmus. Pangasianodon hypophthalmus yang terlepas dari kolam atau sangkar ternakan dan mula hidup liar di sungai-sungai adalah spesies ceroboh kerana ia menjejaskan kepelbagaian biologi spesies ikan asal.[perlu rujukan]

Kacukan

sunting

Patin buah (Pangasius nasutus) yang terkenal dengan dagingnya yang berwarna keputihan dan manis agak sukar untuk diternak manakala patin buah liar kian berkurang disebabkan oleh penangkapan yang berlebihan. Untuk memuaskan permintaan pasaran di Malaysia, baka patin siam yang cepat membesar dan senang diternak dalam kolam atau sangkar telah dikacukan dengan baka patin buah. Hasilnya adalah baka patin yang dikenali sebagai patin emas.[perlu rujukan]

Industri

sunting

Patin siam dijual pada harga RM10 hingga RM14 sekilo di sekitar daerah Temerloh, Jerantut dan Bera. Manakala harga ikan patin sungai boleh mencecah RM180 sekilo bergantung kepada jenisnya.[7] Masyarakat setempat semakin menerima ikan patin sebagai salah satu pilihan ikan air tawar yang menyelerakan.

Penjagaan patin sangkar di Temerloh dengan penggunaan palet makanan membuatkan ikan patin sangkar tidak hanyir seperti patin yang dibela di dalam kolam.[perlu rujukan]

Rujukan

sunting
  1. ^ Vidthayanon, C.; Hogan, Z. (2011). "Pangasianodon hypophthalmus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2011: e.T180689A7649971. doi:10.2305/IUCN.UK.2011-1.RLTS.T180689A7649971.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ "Appendices | CITES". cites.org. Dicapai pada 2022-01-14.
  3. ^ "Pangasius hypophthalmus". Integrated Taxonomic Information System.
  4. ^ Roselan Ab Malek (13 Jun 2023). "PENYATA RASMI PARLIMEN" (PDF). m/s. 11.
  5. ^ Robert (2018-12-14). "Iridescent Shark Care Guide: Tank Mates, Tank Size, Growth Rate". Fishkeeping World (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-04-06.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Fishbase
  7. ^ [1], "Patin Kuala Krai dijangka jana RM100j juta setahun", Utusan Online, 18 Oktober, 2008.