Pantai Bagan Lalang
Bagan Lalang merupakan sebuah pantai peranginan di negeri Selangor yang kurang dikenali pada masa dahulu tetapi kini banyak pembangunan telah di jalankan oleh kerajaan negeri Selangor bagi mempromosikan Pantai Bagan Lalang sebagai sebuah pantai peranginan yang terkenal di Selangor.
Terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan hanya sejam perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur melalui Lebuhraya PLUS menuju arah ke KLIA.