Papilionoidea
Papilionoidea (dari genus Papilio yang bermaksud "kupu-kupu") merupakan salah sebuah superfamili kupu-kupu selain Hesperioidea dan Hedyloidea.
Papilionoidea | |
---|---|
Papilio demodocus | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
(tanpa pangkat): | |
Superkeluarga: | Papilionoidea Latreille, 1802
|
Famili | |
Diusulkan bahawa kedudukan filogenetik Papilionoidea adalah seperti berikut:[1]
Rhopalocera |
| |||||||||
Sesetengah pengarang menganggap kelompok ini sebagai satu siri Papilioniformes di dalam sebuah superfamili yang turut merangkumi Hesperiidae, namun tidak semua sepakat bahawa semua kupu-kupu terdiri daripada satu klad. Hesperiidae amat berbeza dengan kupu-kupu yang lain. Anggota-anggota Papilionoidea boleh dibezakan daripada kupu-kupu lain dengan sifat-sifat yang berikut:
- tubuhnya lebih kecil dan kurang seakan rama-rama;
- kepaknya lebih besar;
- sesungutnya lurus dan tongkol (berbanding sesungut Hesperiidae yang bengkok);
- pupanya berbentuk bersudut, tidak bundar.
Famili Papilionoidea
suntingPapilionoidea terdiri daripada lima famili yang cukup disokong dengan bukti, iaitu:
- Papilionidae (Ekor layang-layang dan kepak burung)
- Pieridae (Kuning atau kuning-putih)
- Lycaenidae (Biru dan tembaga)
- Riodinidae (Metalmark)
- Nymphalidae (Kaki berus) yang terdiri daripada 13 subfamili yang berikut:
- Libytheinae (dahulunya famili Libytheidae)
- Danainae (dahulunya famili Danaidae)
- Tellervinae
- Ithomiinae (kepak kaca)
- Calinaginae
- Morphinae (pungguk)
- Satyrinae (perang) (dahulunya famili Satyridae)
- Charaxinae (prepona dan kupu-kupu daun)
- Biblidinae
- Apaturinae
- Nymphalinae (dewi)
- Limenitidinae (adelfa) (dahulunya famili Limenitididae)
- Heliconiinae (ekor panjang tropika)
Di kalangan subfamili Nymphalidae, hanya Morphinae dan Satyrinae yang mungkin berparafili, tetapi dua subfamili tersebut membentuk sebuah klad yang kuat disokong dengan Charaxinae sebagai kelompok saudara.[2]
Rujukan
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Papilionoidea |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Papilionoidea |
- ^ Tree of LifeAccessed January 2007
- ^ Gerardo Lamas (2008) Systematics of butterflies (Lepidoptera: Hesperioidea and Papilionoidea) in the world: current state and future perspectives (in Spanish). In: Jorge Llorente-Bousquets and Analía Lanteri (eds.) Contribuiciones taxonómicas en ordens de insectos hiperdiversos. Mexico City: UNAM. Pp. 57-70.