Paradigm Mall, Petaling Jaya

Paradigm Mall adalah sebuah pusat beli-belah yang terletak di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Ia menawarkan ruang lantai seluas 700,000 kaki persegi serta menawarkan 5,500 tempat letak kereta.

Paradigm Mall
Logo Paradigm Mall.
LokasiKelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tarikh pembukaan5-September-2012
PemilikWCT
Bil. tingkat3
Laman webhttp://www.paradigmmall.com.my/
Paradigm Mall

Paradigm Mall ini dibuka pada 5-September-2012 dan merupakan sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya. Lokasinya terletak berhampiran dengan Stesen LRT Kelana Jaya memudahkan pelawat untuk kesana. Kemudahan shuttle bus secara percuma dari stesen LRT kelana jaya turut memudahkan pelawat untuk ke Paradigm Mall ini.

Selain daripada menjadi tempat tumpuan shopping, terdapat juga ruangan hiburan buat keluarga seperti Kkids Playground di tingkat 1 dan terdapat juga Golden Screen Cinema (GSC) di tingakat 3. Paradigm Mall juga mempunyai hypermarket dan kedai elektronik serta gadget. Pelawat yang berkunjung mempunyai pelbagai pilihan untuk melakukan pelbagai aktiviti.

Paradigm Mall yang terletak di bersebelahan Lebuhraya LDP ini menjadi tumpuan baru warga kota kerana ia terletak betul-betul di tengah bandaraya Petaling Jaya.

Alamat sunting

Paradigm Mall
No. 1, Jalan SS 7/26A, Kelana Jaya, Petaling Jaya,
47301 Selangor.
Tel: 03-7887 0171

Pautan luar sunting