Park Ji-soo (Hangul: 박지효; lahir 1 Februari 1997) lebih dikenali sebagai Jihyo ialah seorang penyanyi wanita Korea Selatan. Beliau merupakan ketua dan penyanyi vokal utama kumpulan K-pop wanita, Twice yang ditubuhkan oleh JYP Entertainment melalui rancangan realiti popular pada 2015 iaitu Sixteen. Jihyo adalah antara penyanyi wanita tercantik dengan wajah yang unik di Korea Selatan. Hal ini demikian kerana wajah Jihyo persis wanita Arab mahupun Timur Tengah berikutan bentuk wajahnya serta mata yang bulat berbanding wajah wanita Korea yang kebiasaannya memiliki mata yang sepet.

Jihyo untuk Pearly gates Korea pada Ogos 2023
Nama Korea
Hangul박지효
Perumian SemakanPark Ji-hyo
McCune–ReischauerPak Jihyo

Gelarannya, 'God-Jihyo' diberikan oleh netizen kerana kecekalan dan kesungguhannya dalam mencapai impiannya sebagai seorang penyanyi 'idol' yang penuh dengan cabaran dan ranjau disamping perubahan terhadap penampilannya yang semakin matang dan cantik berbanding tubuhnya yang sedikit berisi ketika debut bersama Twice.

Kehidupan awal sunting

Jihyo lahir pada 1 Februari 1997 di Guri, Gyeonggi, Korea Selatan.[1] Ketika Jihyo berada dalam gred tiga, beliau mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan Junior Naver dengan membawa peranan sebagai kanak-kanak. Selepas memenangi tempat kedua, bakat beliau telah dikesan oleh JYP Entertainment.[2] Beliau secara rasminya menyertai syarikat ini pada 15 Julai 2005 sebagai seorang pelatih yang paling muda selama 10 tahun. Beliau dijadualkan untuk membuat kemunculan pertama dalam kumpulan wanita, 6mix sebelum mengambil bahagian dalam rancangan Sixteen.[3]

Kerjaya sunting

Pada tahun 2015, Jihyo muncul dalam video muzik miss A, "Only You." Sebelum kemunculan pertamanya, beliau bersama Nayeon merupakan antara pelatih yang muncul dalam banyak iklan. Jihyo dikenali sebelum kemunculan pertamanya sebagai wajah jenama remaja Innisfree, "TN" bersama kumpulan lelaki, Boyfriend dan kemudiannya bersama Nayeon.

Jihyo diumumkan sebagai salah seorang peserta pertandingan Sixteen untuk menentukan ahli ahli kumpulan wanita JYP yang baru.[4] Rancangan ini bermula pada 5 Mei dan berakhir dengan beliau dinamakan sebagai salah seorang daripada ahli Twice. Pada 20 Oktober, Jihyo membuat kemunculan pertamanya sebagai ahli Twice menerusi album mini, The Story Begins dan lagu Like OOH-AHH.[5]

Jihyo berkolaborasi bersama Jung Eun-ji dari Apink dan Ben untuk bahagian pertama projek istimewa, Inkigayo, "Inkigayo Music Crush". Lagu mereka bertajuk "The Reason I Got Pretty" dikeluarkan pada 6 November 2016.[6]

Filemografi sunting

Video muzik sunting

Tahun Tajuk Artis
2015 "Only You" Miss A
2016 "Fire" J.Y. Park

Rujukan sunting

  1. ^ ":: TWICE :: (Profile)". JYP Entertainment - Twice. JYP Entertainment. Dicapai pada 26 Oktober 2017.
  2. ^ Kim, Yoon-jeong. "박진영 교복 광고 찍은 걸그룹 '트와이스'는 누구? 공승연 동생에 SES 유진 닮은꼴까지… 준비된 '한류돌'". SportsQ (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 26 Oktober 2017.
  3. ^ "[네이버 연예] 아이엠그라운드, 트와이스 소개 하기!". Naver (dalam bahasa Korea). Naver Corp. Dicapai pada 26 Oktober 2017.
  4. ^ Yoo, Ji-hyae. "[단독] Mnet-JYP 손잡았다...걸그룹 제작 프로 론칭". Naver TV (dalam bahasa Korea). Naver Corporation. Dicapai pada 26 Oktober 2017.
  5. ^ Won, Ho-jung. "Twice's 'Story Begins'". K-pop Herald. Herald Corporation. Dicapai pada 26 Oktober 2017.
  6. ^ Kim, Young-rok. "'인기가요' 정은지-지효-벤 '내가 예뻐진 이유' 최초 공개". Naver (dalam bahasa Korea). Sports Chosun. Dicapai pada 21 November 2016.

Pautan luar sunting